Petanda Anda Sudah Layak Untuk Berkahwin.

 

Umur bukanlah petanda kelayakan seorang perlu berkahwin ataupun tidak. Jika sudah mempunyai kriteria di bawah, anda sebenarnya sudah layak untuk menjadi seorang suami atau isteri.



1. Agama.

Sudah semestinya agama adalah kriteria yang perlu dititik beratkan dalam soalan pemilihan calon. Jika anda seorang yang mempunyai pegangan agama yang baik, menjalankan kehidupan seorang muslim sebenar, tahu tentang serba sedikit ilmu fiqh wanita dan rumahtangga serta boleh membaca al-Quran dengan baik. Anda, layak menjadi seorang isteri atau suami.

2. Kewangan.

Bakal mertua sering bertanya tentang pekerjaan calon menantunya kerana dia ingin mengetahui komitmen seorang lelaki apabila sudah berumah tangga nanti. Jika seorang lelaki acuh tak acuh dalam hal ini, bagaimana dia hendak memimpin keluarga kelak. Sekurang-kurangnya kita berusaha mencari perkerjaan yang halal, itu perkara terpenting. Wanita juga perlu mempunyai sedikit wang, sekurang-kurangnya dapat membantu suami dalam keadaan susah kelak. Awal-awal perkahwinan, faham-faham sajalah. Banyak yang perlu dibelanjakan.


3. Matang.

Jika kita mempunyai sifat sabar, boleh bertoleransi dengan sesiapa pun lawan mahupun kawan, bijak dalam membuat keputusan dan tidak bersifat keanak-anakkan, ini bermakna anda seorang yang matang dan boleh berumah tangga.

4. Mempunyai sifat seorang ibu dan bapa.

Jika melihat kanak-kanak pun sudah anda rasa terhibur, itu bermakna anda memang mahukan pasangan dan inginkan anak-anak sebagai peneman untuk dijadikan penawar apabila seharian penat bekerja. Apa tunggu lagi? Cari calon cepat.

5. Mempunyai calon.

Tiada calon, tak boleh buat apa juga ya. Carilah pasangan hidup sesegera mungkin, mohon kepada Allah agar dipermudahkan urusan untuk mendirikan rumah tangga, gunakan inisiatif yang ada sama ada meminta ibu bapa, guru, sahabat carikan calon atau memilih pasangan di laman web mencari jodoh. Berikhtiarlah, pasti ada jalan.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,470 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen