Bagaimana Untuk Mengeratkan Hubungan Ketika Perhubungan Jarak Jauh (PJJ) Hanya Menggunakan Text Sms?

 

Ketika dan saat anda dan si dia di ijab kabulkan, fikiran anda berkecamuk di dalam minda. Anda redha dan seperti tidak kisah apa yang akan berlaku seterusnya kerana telah adanya si dia. Anda juga seakan-akan sudah tahu apa akan terjadi sekiranya pekerjaan yang mengakibatkan hubungan anda dengan si dia semakin jauh. Macam-macam situasi dan kaedah anda berimaginasi untuk solusi.

Selain kepercayaan yang tinggi pada pasangan, menghubungi pasangan pada waktu-waktu tertentu juga dapat mengeratkan hubungan. Tetapi adakah anda berdua sentiasa membalas mesej atau whatsapp walaupun ketika itu anda sibuk bekerja? Text mesej yang sama pada setiap hari pun boleh menjadikan hubungan anda membosankan. Jadi, jom baca cara-cara untuk membuatkan hubungan anda lebih menarik hanya dengan text sms sahaja.

1. Kreatif dengan hanya menggunakan emoji.

Untung jika mendapat pasangan yang suka menulis, melukis dan mempunyai daya imaginasi yang tinggi kerana mereka bukan sahaja gemar menghantar beratusan emoji, tetapi dengan emoji juga ia boleh dijadikan sebagai sebuah cerita.

2. Menghantar gambar zaman muda-mudi.

Kini, kita di popularkan dengan #throwback, di mana kita semua gemar mengimbau kembali kenangan lama. Wanita gemar untuk menyimpan gambar-gambar lama, kerana jika melihat kembali pasti mereka akan tergelak tersipu-sipu. Cuba hantar kepada pasangan, pasti ada sahaja hendak diceritakan.

3. Usikan.

Lelaki memang suka mengusik dan menyakat pasangannya. Jika PJJ membuatkan anda merasa tersekat untuk mengusik isteri sendiri, tidak salah mengusik mereka dengan menggunakan sms sahaja. Kadang kala pasti bosan si isteri menerima mesej yang sama setiap hari. “Morning sayang, dah breakfast” atau “Good night sayang, malam ni abang penat la, nak tidur awal”. Bosan! Sekali-sekala “Isteri abang makin comel ni, ada masa nak pergi jogging tak?”.

4. Elakkan text mesej yang boleh mengundang pertelingkahan.

Sebagai manusia, kita hanya boleh mengetahui ekspresi sebenar seseorang apabila bertemu secara fizikal. Text mesej yang hanya dengan sepatah dua kata, tidak menggambarkan perasaan orang yang sebenar. Mungkin ketika itu, si dia terlanggar pasu bunga di luar rumah, ketika mendapat sms daripada anda, dia terus membalas. Sudah tentu kita tidak mengetahui keadaan sebenar bukan? Pastikan anda membalas ketika masa yang bersesuaian dan jangan lupa dengan emoji senyum!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 628,643 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen