5 Tanda Pasangan Anda Seorang Yang Mementingkan Diri Sendiri.

 

Hubungan yang sihat dan stabil, akan mengelakkan pasangan dari menanam perasaan benci dan amarah, dan menghindarkan anda dari buruk sangka. Jadi apakah tanda-tanda, pasangan anda sangat mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang diri anda?

1. Si dia lebih mementingkan pangkat dalam kerjaya anda tetapi bukan pada diri anda sendiri.

Anda sentiasa merasakan diri anda tidak cukup sempurna pada mata si dia, hanya kerana pangkat yang anda miliki. Dengan sebagai kerani, dan si dia pula berjawatan tinggi, sudah tentu si dia hanya melihat insan yang berpangkat besar di dalam syarikat. Si dia seperti cuba memaksa anda untuk menjadi orang lain yang berkelayakan tinggi. Malah dia seakan-akan jelek dengan pekerjaan anda.

2. Si dia terlalu mengongkong.

Insan yang gemar mengongkong kehidupan anda, mereka menjangkakan sesuatu di luar kebiasaan. Mereka sering meletakkan harapan yang tinggi pada anda, dan jika anda tidak mencapai tahap jangkaannya, si dia pasti meletakkan kesalahan itu hanya pada siri anda seorang.

Selain daripada itu, mereka juga seperti mahukan anda menjadi sempurna dan tidak melakukan sebarang kesalahan, tetapi si dia pula sering melakukan perkara yang sama, dan tidak mahu pula anda menyalahkan dirinya. “Bajet dia je yang betul semua”.

3. Si dia sering menekan ‘Saya’ daripada ‘Kita’.

Pasangan yang bertoleransi akan menerima segala pendapat anda mengenai segala isu. Jika si dia sering menekankan pendapat dirinya sahaja, tanpa menghiraukan segala keputusan anda, si dia adalah seorang yang mementingkan diri! Ingat, di dalam perkahwinan tiada lagi istilah ‘Saya’ tetapi ‘Kita’. Jika situasi ini berlaku, ia akan membuatkan hubungan kalian berada di tahap kritikal dan mungkin kata putus adalah penyelesaiannya.

4. Si dia sabotaj kejayaan anda.

Si dia akan mengambil masa yang lama atau melengah-lengahkan masa anda, jika pada hari itu, anda mempunyai temuduga di sesebuah syarikat. Si dia seperti tidak mahu anda mencapai cita-cita anda. Si dia juga gemar membuat drama ketika ini seperti demam, gastrik, atau sakit kaki kerana dia hanya mahu anda menumpukan pada dirinya sahaja.

5. Dan yang paling penting, si dia seolah-olah tidak mengambil peduli tentang anda.

Jika anda adalah orang penting bagi si dia, pasti si dia rajin untuk bertanyakan bagaimana anda melalui hari-hari anda yang berliku. Si dia juga, sering bertanyakan anda khabar, makan di mana, adakah hari anda pada hari itu meletihkan? Jadi, adakah mereka tergolong seperti orang yang mementingkan diri? Jaga-jaga membuat pilihan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 383,516 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen