Pilih Yang Mana? Perawan Atau Janda?

 

Setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza dalam hidup. Ada yang sudah berkahwin, tapi masih belum dikurniakan anak. Ada yang sudah berkahwin, tapi berpisah disebabkan hal-hal tertentu. Ada juga yang masih dikurniakan lagi pasangan hidup. Apapun kita sebagai seorang muslim hendaklah sentiasa berfikiran positif dalam apa jua yang menimpa kita.

Perawan atau janda? Kedua-duanya mempunyai kelebihan yang tersendiri. Usahlah memandang rendah terdapat mana-mana pihak kerana hidup kita tidak serupa. Ada sebab Allah memberikan kehidupan sebegitu kepada seseorang. Apa kelebihan keduanya?



1. Perawan.

• Lebih baik perkataannya: Seorang wanita perawan, dia tidak pernah bergaul dengan lelaki dengan lebih dekat, maka asam garam mereka dalam rumah tangga terlalu sedikit menyebabkan mereka lebih menjaga perkataan. Memilih perawan menambahkan kemesraan dalam rumah tangga.

• Lebih subur rahimnya: Kebiasaanya perawan terdiri daripada wanita yang masih muda, dirinya juga masih belum disentuh. Maka, ini memudahkan mereka untuk mendapatkan zuriat.

• Lebih rela hidup sederhana: Mereka masih mentah dalam hal dunia. Sanggup bersusah payah bersama suami untuk melangsungkan hidup kerana mereka tahu sang suami juga berusaha keras untuk membahagiakan keluarga.

2. Janda.

• Berpengalaman: Pengalaman berumah tangga sebelum ini menyebabkan mereka lebih banyak mengetahui cara untuk mengharungi kehidupan setelah itu, menjadi lebih matang apabila berlaku situasi yang menyukarkan.

• Berpengetahuan: Tentunya apabila sudah berumah tangga, mereka pandai untuk menguruskan penjagaan anak-anak dan keperluan harian keluarga.

• Beragama: Kesedaran orang yang berumah tangga untuk mendalami ilmu agama adalah lebih tinggi kerana mereka sudah tidak memikirkan kehidupan yang berfoya-foya.


Menurut pandangan agama Islam, Islam lebih menggalakkan seorang lelaki memilih wanita perawan disebabkan tiga hal yang disebutkan di atas. Sekiranya seorang lelaki ingin mengambil janda untuk dijadikan pasangan kerana menjaga agama, menjaga keluarga wanita tersebut atau sebab-sebab tertentu, tidak menjadi kesalahan. Pilihan terletak di tangan kita. Buatlah pilihan yang bijak!


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,418 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen