Solat Tak Tinggal, Tapi Panas Baran?

 

Sering kita mendengar, seseorang yang tidak pernah meninggalkan solat malah melakukannya di awal waktu, tambahan usai sahaja solat sentiasa juga di selitkan dengan bacaan surah Al-Qur’an TETAPI panas baran. Senang melenting. Tidak boleh ditegur. Pasti panas baran. Adakah solatnya itu tidak sempurna maka dia menjadi seorang yang tidak boleh mengawal emosi? Pasti atau tidak ibadatnya di terima oleh Allah swt? Pelbagai persoalan yang kita musykilkan.

Tetapi bagaimana pula orang yang sering solat tetapi mencuri? Apakah perbezaan dengan situasi begini?

Adakah panas baran dan mencuri itu adalah perkara yang sama? Tidak.

Panas baran adalah tabiat seseorang, tetapi mencuri itu bukan tabiat. Adakah pencuri itu mencuri setiap waktu, setiap saat, dan daripada kecil seseorang itu sudah mencuri? Sudah tentu pencuri itu mencuri kerana terdesak bukan?

Oleh itu, jangan salahkan seseorang jika solatnya tidak tinggal, tetapi panas baran. Pasti apabila anda meminta tolong daripada mereka, ringan sahaja tangannya untuk membantu.

“Pakcik ni muka bengis sangat takut adik, tapi tadi adik jatuh basikal, baik pula dia tolong. Bagi gula-gula lagi”

Maka, jika pasangan anda adalah salah seorang yang mempunyai sifat begini, sabar adalah kunci utama untuk mengekalkan hubungan. Kerana orang yang panas baran dan kelihatan sangat menakutkan ketika marah, mereka sebenarnya lemah. Berkemungkinan sudah di didik oleh ibu bapanya untuk menjadi garang apabila seseorang melakukan sesuatu yang tidak diingini ke atas dirinya. Namun, apabila mereka sudah kehilangan ahli keluarga, sikap garang menjadi panas baran kerana dia tiada bimbingan sesiapa.

Walau bagaimanapun, Allah telah memaklumkan kepada kita mengenai hal ini seperti firman-Nya dalam surah al-Baqarah, ayat 155: 

 “Bahawasanya, Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut serta kelaparan, dan menghadapi masalah kekurangan harta benda, kehilangan jiwa dan berkurangannya hasil tanaman serta buah-buahan. Maka berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar..”

Jadi, perbanyakkanlah lagi sabar sambil berzikir ayat ini: "Inna lillahi wa inna ilayhi raaji'un". Allah SWT telah menjanjikan orang-orang yang membuat amalan ini dengan tiga perkara iaitu doa (kurniaan), rahmat dan hidayah daripada-Nya seperti di dalam ayat seterusnya (2:157):

“Mereka itulah orang-orang yang akan dilimpahi dengan berbagai-bagai kurniaan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang sentiasa mendapat petunjuk hidayah-Nya”

 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,915 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen