Lelaki Baik Digalakkan Berkahwin Dengan Wanita Kurang Baik. Wanita Baik Tidak Digalakkan Berkahwin Dengan Lelaki Kurang Baik.

 

Seorang lelaki adalah ketua dalam sebuah keluarga. Tanggungjawab dan amanah daripada Allah kepada lelaki amat besar. Jika seorang lelaki baik berkahwin dengan wanita kurang baik, sekurang-kurangnya dia mampu untuk menjaga seorang wanita. Sifat wanita lembut. Dia mudah menerima teguran daripada seorang lelaki yang dia cintai. Malah akan mudah untuknya menjadi isteri dan ibu yang solehah kepada anak-anak.



Wanita amat mudah dilentur, dia tidak mempunyai ego yang tinggi. Apabila suami pandai memainkan peranannya sebagai suami yang baik, dia dapat membina keluarga yang patuh terdapat agama. Suami yang ‘faham’ dan ‘amal’ akan agama Islam, dia juga boleh mengajarkan keluarganya tentang agama Islam yang sebenar. Faham dan amal agama Islam bukan pada pakaian sahaja, tetapi dilihat dengan tingkah laku, adab dan cara beramal dia akan agama Islam.

Bagi pihak wanita, sedikit sukar sekiranya dia memilih pasangannya seorang lelaki yang kurang baik. Lelaki mempunyai sifat ego yang tinggi. Dia merasakan dirinya betul belaka. Sifat inilah kadang kala membingungkan wanita untuk membina keluarga yang menepati syariat Islam. 

Jika seorang wanita merasa dia mampu untuk membimbing lelaki tersebut kerana sebab-sebab tertentu, dipersilakan untuk menerima lelaki tersebut. Berdoalah kepada Allah agar diberikan kekuatan untuk membina keluarga yang diimpikan, selain itu buatlah solat sunat istikarah sebelum menerima lelaki tersebut. Sekiranya hati anda cenderung untuk menerimanya dan semua ahli keluarga bersetuju memilihnya, ambillah. Mudah-mudahan itu jalan terbaik untuk anda.



Jika anda mempunyai pilihan, apapun pilihlah lelaki atau wanita yang mempunyai agama dan akhlak yang baik. Ini jalan terbaik untuk anda, anak-anak dan keluarga anda kelak.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 595,778 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen