Suamiku Overprotective! Cemburu Atau Obsesi?

 

Dari segi agama, kepercayaan dan masyarakat, memang tidak dinafikan lelaki itu lebih kuat dan berkuasa berbanding dengan wanita. Dengan aura atau karisma yang mereka miliki, mereka seolah-olah ‘mengikat’, ‘terlalu melindung’ atau dengan kata lain over protective terhadap isteri sendiri. Mereka sendiri menyatakan bahawa perasaan over protective tersebut adalah kerana atas dasar cinta dan kasih sayang.

Tetapi, jika benar mereka ini berkarisma dan mempunyai keyakinan yang sangat tinggi, mengapa mereka ini over protective?

Ini kerana mereka merasakan kurang selamat dan mempunyai kepercayaan diri yang sangat rendah terhadap isteri mereka sendiri. Walaubagaimanapun, bagi mereka, masyarakat tidak boleh salah sangka kerana over protective itu adalah tanda sayang dan penghargaan si suami kepada si isteri. Ia membantu untuk mengelakkan pasangan menipu dan tidak mencurigakan. Bagi mereka, selagi ia tidak merosakkan hubungan dengan isteri, selagi itu mereka akan sentiasa over protective.

Seperti yang kita tahu, komunikasi adalah salah satu aspek yang penting untuk mengekalkan hubungan, dan jika mereka sentiasa berkomunikasi dengan cara baik dan si suami menjadi over protective, hubungan itu adalah sangat romantik bagi nya.

Tetapi bagi wanita, suami yang over protective menyebabkan pergerakan mereka terbatas dan merasakan suami mereka sangat dominan. Bagi wanita, suami hanya mahu menunjukkan kuasanya sebagai ketua keluarga rumah dan isteri tidak boleh membangkang! Jika ia berlaku terhadap wanita yang berdikari dan ego, ia sudah tentu merimaskan.

Tambahan lagi, over protective itu hanya lah satu perasaan obsesi terhadap isteri sendiri. Sebahagaian daripada mereka menyayangi lelaki begini, kerana terasa di hargai. Tetapi tidak semua kerana sebahagian lagi merasakan si suami itu kuat cemburu.

Namun, menurut kajian daripada Rachel Nabisubi (2012), bagi pasangan yang ingin berkahwin perlu tahu atau siasat latar belakang pasangan, supaya si suami tidak mempunyai kepercayaan yang rendah ke atas isteri. Komunikasi juga penting untuk mengelakkan suami cembura buta atau terlalu obsess. Tidak salah untuk menjadi over protective dan obsess terhadap isteri sendiri, tetapi perlu munasabah. Jangan la si isteri hanya pergi ke toilet baru beberapa minit, sudah anggap mereka curang. Eh rindu ke? Hehe.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 356,636 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen