4 Sado Yang Perlu Ada Untuk Jadi Lelaki Sejati, Bukan Sado Badan Aje.

 

Lelaki berbadan sasa atau lebih dikenali sebagai berbadan sado telah menjadi kegilaan ramai para gadis masa kini. Sebab itu ramai lelaki sekarang mula pergi gym dan makan pelbagai jenis makanan tambahan demi untuk mendapatkan badan yang sasa ini. Tujuannya lebih untuk memikat hati para gadis la. Eh tapi betul ke semua wanita suka lelaki berbadan sado ini? Sebenarnya, terdapat beberapa sado yang wanita lebih menitik beratkan jika hendak dibandingkan dengan sado badan ini. Tapi apa ye?



Ha, apa yang paling wanita masa kini nak adalah sado imannya. Sado badan sahaja tidak cukup untuk mengukur kekuatan atau kemachoan seseorang lelaki itu. Iman di dada perlulah seiring dengan ketulan-ketulan di lengan itu. Barulah sado yang disukai wanita. Kalau tidak sado iman bagaimana hendak membimbing para wanita ini ke jalan syurga. Tak akan nak pimpin ke jalan gym sahaja. Mana cukup.

Selain itu juga, seorang lelaki kenalah sado mental. Ada juga lelaki yang cepat ‘koyak’, bukan wanita aje yang cepat ‘koyak’ ye. Lelaki seperti ini biasanya bersifat sensitif, kuat merajuk, melenting dan emotional. Sebagai lelaki. Tidak salah jika mempunyai sifat cemburu ataupun nak merajuk juga kadang kala. Tapi jangan lah terlalu kerap sehingga kalah si wanita. Lelaki kena lah lebih sado dari segi mental juga ye.

Yang ini pula sado hati. Hati itu adalah eset yang paling berperanan dan penting dalam sesebuah hubungan. Jaga mata jaga hati, nescaya selamat lah sebuah hubungan tersebut. Jangan mudah membuka hati untuk semua orang yang datang menghampiri dalam kehidupan. Kalau sudah berpunya, setialah pada sedia yang ada.

Yang ini rasanya semua lelaki kena dan wajib ada iaitu sado akal. Ala, macam orang tahu, lelaki kan ada 9 akal 1 nafsu kan? Sebab itu lelaki lebih disarankan untuk berfikir dahulu sebelum bertindak. Fikir sedalam-dalamnya sebelum melakukan atau membuat apa-apa keputusan. Kang, tak pasal-pasal makan hati pula sebab salah sendiri.

Sebenarnya, tidak semua perempuan mahukan lelaki sado. Bagi wanita, tidak sado pun tak mengapa. Apa yang penting nilai keagamaan dan nilai kemanusiaan itu wujud dengan teguh dalam jiwa lelaki yang bakal suami. Kalau dapat yang semua itu berserta berbadan sado itu package lah tu kan. Tapi ketahuilah lelaki, jangan terlalu taksub membina badan sado kerana itu adalah nilai tambah sahaja.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 467,002 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen