7 Cara Hilangkan Stress Ketika Membuat Persiapan Perkahwinan.

 

Kadang kala proses membuat persiapan perkahwinan ini pun boleh memberi tekanan kepada anda. Jom kita hilangkan stress yang tidak perlu ini.



1. Relaks satu hari.

Untuk satu hari ini, anda tidak perlu fikir tentang majlis anda. Hanya relaks saja. Beri peluang untuk diri anda mendapatkan tidur yang cukup, tengok drama Korea yang anda asyik tertinggal, basuh baju atau apa-apa yang anda suka.

2. Spa.

Anda masih menimbang sama ada patut atau tidak anda pergi memanjakan diri anda? Tidak perlu berkira-kiralagi. Pergi sahaja. Jika Pakej Pengantin yang ditawarkan kurang mesra dengan bajet yang anda ada, pilih saja pakej yang lebih murah. Yang penting, anda dapat memanjakan sedikit diri anda.



3. Dating macam biasa.

Walaupun kedengaran mudah, namun, semakin hampir dengan tarikh perkahwinan, semakin susah untuk anda dating seperti biasa. Mesti ada terselit seperkara dua temu janji dengan pihak yang berkaitan dengan persiapan perkahwinan anda. Lebih-lebih jika jadual anda dan pasangan padat disebabkan tuntutan kerja. Jadi, apabila berkesempatan, anda tinggalkan saja borang-borang atau buku planner persediaan perkahwinan anda itu di rumah. Keluar dengan pasangan dan just have fun. Lepas sudah habis bergembira baru sambung balik fikir tentang persediaan majlis anda.

4. Balik jumpa emak bapak.

Selalu kalau stress ni, kena tengok wajah-wajah yang redup macam wajah ibu bapa kita. Baliklah rumah parents sekejap di waktu hujung minggu. Bermanjalah seperti ketika zaman dulu-dulu. Bila lagi anda boleh buat macam ini. Lepas kahwin nanti banyak yang akan berubah.



5. Makan sedap.

Mungkin selalu anda memendam rasa teringin atau mengidam anda untuk makan sedap dan mahal-mahal supaya anda boleh menyimpan duit lebih sedikit untuk majlis perkahwinan anda. Apa kata satu hari anda dan pasangan makan saja apa yang anda mahu. Kalau teringin apa-apa makan sahaja. Mahal pun tak apa. Asalkan anda tidak stress.

6. Kawan-kawan.

Okay, kalau sebelum ini anda selalu menolak daripada lepak bersama rakan-rakan sebab sibuk atau tiada masa, kali ini anda cuba cari ruang untuk luangkan masa bersama mereka.

7. Just have fun.

Kadang kala dugaan akan wujud walaupun anda dan pasangan telah membuat persiapan rapi. Kalau tidak melibatkan hal yang besar, hal yang kecil-kecil pasti ada. Tapi, ini tidak bermakna anda kena moody/marah-marah/complain/mengomel atau terus rasa stress. Jika perkara tersebut berada di luar kawalan atau kemampuan pihak berkenaan, cuba fahami situasinya. Jika perkara kecil saja, just try to laugh it off. Fikir positif, kalau sesuatu perkara tidak terjadi mengikut kehendak anda, pastinya Tuhan ada perancangan yang lebih baik untuk anda dan pasangan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 313,764 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen