4 Tanda Hubungan Anda Dengan Si Dia Ada Masalah. Memberi Kata Putus Atau Masih Ingin Meneruskan Hubungan?

 

Di awal perhubungan cinta, kebanyakan daripada kita pasti terdetik “Ahhh, ini la orang yang aku cari selama ni” atau “Oh, imam ku, kenapa baru sekarang kau nak muncul?”. Walaubagaimanapun, di kemudian hari atau beberapa bulan perhubungan cinta terjalin, anda dapat merasakan “Eh, betul ke dia ni imam aku?” atau “Dia yang berubah atau aku yang berubah?”

Atas- atas sebab tertentu, anda sering melihat rakan-rakan anda juga mengalami perkara yang sama dalam perhubungan mereka. Tetapi mereka dapat mengatasi masalah itu, dan anda juga merasakan situasi seperti itu semuanya sama sahaja bagi mereka yang bercinta. Anda tersepit dan apabila ia mengambil masa yang lama, anda rasakan hubungan anda dan si dia tiada lagi keseronokan malah keterujaan.

Apakah 4 tanda hubungan anda dengan si dia mula goyah?

1. Si dia sering menyalahkan anda, tidak kira apa jua situasi.

Kesalahan terletak pada dua pihak, bukan hanya satu pihak sahaja. Hubungan anda sukar untuk kekal apabila anda berdua tidak mahu bersama-sama menempuh konflik yang timbul, dan sering meletakkan kesalahan antara anda berdua. Anda berdua ego! Sepatutnya anda berdua cuba untuk mencari penyelesaian bukan menambahkan lagi amarah.

2. Hubungan anda berdua semakin serabut dan tiada penyelesaian.

Normal, jika dalam hubungan cinta itu berlaku perselisihan faham, tidak semua antara mereka yang akan sentiasa gembira dan bahagia. Tetapi jika hubungan anda berdua seperti tiada penghujung dan tidak boleh diselesaikan selepas perbalahan. Ia mungkin tidak boleh di selamatkan lagi.

 “The biggest way to tell if you are in a dead-end relationship is if you do not see it getting better,”di sebut oleh salah seorang ahli terapi dan kesihatan, Jenny Giblin.  

3. Anda menyimpan hati untuk orang lain.

Jika anda bersama si dia, tetapi anda mula menyimpan perasaan terhadap orang lain. Tidak kah ia seperti mendua kan si dia? Perlukah anda meneruskan hubungan, jika situasi ini terjadi? Tetapkan hati!

4. Ikut kata hati anda.

Setelah beberapa bulan, hubungan anda dengan si dia, tidak konsisten, kadang kala di atas dan di bawah, dan naluri hati anda mengatakan “Macam tak sesuai je aku dengan dia ni? Serius ke aku nak dia?” tiba-tiba persoalan ini terdetik di hati anda. Naluri hati yang kuat, kita tidak boleh ketepikan!

Jika semua tanda-tanda di atas kelihatan, adakah anda masih lagi mahu meneruskan hubungan? Alamak!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 632,035 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen