Sabar Lah Kamu Dalam Mencari Jodoh.

 

Setiap ciptaan Allah mempunyai pelbagai sifat dan sikap untuk menghidupkan suasana mahupun menceriakan keadaan. Manakan tidak, manusia juga mempunyai pelbagai ragam untuk memeriahkan keadaan di sekeliling. Jika semuanya pendiam belaka, tentu tidak seronok bukan. Ada yang suka mengusik, ada yang suka di usik. Terpulang kepada setiap individu.

Tetapi bagaimana pula dengan individu yang sering merimaskan hari-hari anda. Malangnya si dia itu adalah pasangan pilihan anda. Pasangan yang anda mahu jadikan teman hidup sehingga syurga. Anda menjadi ragu-ragu, adakah si dia itu mahukan hubungan yang serius?

“Please jangan curang, saya sayang awak tau”

“Please jangan kawan dengan ramai lelaki, saya jeles”

“Please jangan nakal, please..”

Sukarnya untuk mengawal si dia! Si dia seperti tidak mahu di arah, di bentuk dan sukar untuk dinasihati. Adakah dia tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan hingga ke jinjang pelamin? Pelbagai cara anda lakukan untuk menarik perhatian si dia. Patutkah si dia di tinggalkan? Nanti!

Seperti yang di sebut di dalam Al-Qur’an surah Al-Baqarah ayat 45:

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk..”

Sabar.

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)” (Al-Imran: 200)

Sedangkan pada zaman Nabi, sahabat-sahabat nabi mampu menjadi sabar ketika peperangan sehingga peroleh kemenangan. Bandingkan pula dengan hidup kita yang tiada medan perang, hanya untuk mencari sesuap nasi sebagai rezeki dan pasangan. Bersyukurlah kita, bersabar la kita. Berusaha dan bertawakal, solat jangan lupa.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,966 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen