Ketahui Tips Rumah Tangga Sebelum Anda Menjejakinya Kelak.

 

Diawal perkahwinan, semuanya terasa indah. Bagai di dalam syurga suami isteri bersama. Pantang berjauhan, terus merindui. Tetapi, setelah lama mengenali pasangan dan pelbagai komitmen yang dipikul, barulah terasa suram hidup berumah tangga. Untuk menjadikan keluarga yang dibina nanti terus berkekalan, jom kita persiapan diri dengan ilmu ini sebelum bergelar suami isteri kelak. Praktis dari sekarang pun lagi bagus.



1. Memaafkan.

Belajarlah untuk memaafkan kesalahan pasangan. Setiap manusia mempunyai kekurangan termasuk diri kita sendiri. Jadi, tidak adillah jika kita mahu orang maafkan kita, tapi payah untuk kita memaafkan orang lain.

2. Jangan bersedih.

Kata Allah, “Jangan bersedih, aku bersama kau.” Mintalah pada-Nya jika mempunyai masalah dalam rumah tangga. Hapuskan air mata dan jadilah orang yang tabah. Hadapi semua cabaran dengan tenang, nescaya ada jalan untuk kita menyelesaikan ujian tersebut.

3. Bersederhanalah.

Diawal perkahwinan, kita akan terasa sedikit terbeban dengan kewangan yang ada. Setelah banyak wang yang digunakan untuk perkahwinan, kita juga memikirkan perbelanjaan selepas perkahwinan. Tempat tinggal, kelengkapan rumah, kenderaan, anak yang bakal lahir dan sebagainya. Jadi, dengan berjimat cermat dapat membantu kita agar dapat bertahan dengan kewangan yang ada. Dahulukan hal yang lebih penting untuk kita uruskan.


4. Baik sangka.

Banyaknya buruk sangka akan memakan hati. Jadi, sentiasalah berfikiran positif. Doakan sentiasa agar kita dan pasangan sentiasa di landasan yang benar dan hidup bahagia hingga ke syurga.

5. Hindari perselisihan.

Jika ada salah faham atau pertelingkahan, segeralah untuk menyelesaikannya dengan cara yang elok. Usah pendamkan perasaan tersebut. Jujur dengan pasangan dan hormati satu sama lain. Apabila kita berbuat baik dengan seseorang walaupun ternyata kita tidak berbuat salah, maka kita akan lihat keajaiban yang berlaku dalam perhubungan. Yang penting, ikhlas.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 448,308 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen