Cinta Yang Bagaimana Anda Harapkan?

 

Anda merasakan yang anda layak untuk memiliki pasangan yang bukan sahaja membuatkan anda merasa tenang, tetapi menjadi insan yang lebih baik daripada masa silam. Pasangan yang menyokong dari segi  segala hal atau dengan trend terkini dipanggil ‘Relationship Goals’. Si dia akan sentiasa mendengar bebelan anda seperti isu yang di ulaskan sangat mengujakan. Apabila anda menjadi patah semangat atau menyerah kalah, si dia akan menjadi ‘cheerleader’ untuk meningkatkan keyakinan anda.

Sungguh bermotivasi!

Anda juga mahukan seseorang yang terlalu obsess dengan diri anda. Si dia dengan secara tiba-tiba akan membuat panggilan pada 3 pagi kerana hanya terlalu rindu untuk mendengar suara anda. Tidak kira dimana sahaja anda berada, si dia akan menyelitkan nota cinta yang berwarna warni pada helaian diari anda. Secara rambang, si dia akan ke terus ke destinasi anda, kerana hati yang menyusuk kerinduan.

Malah text morning daripada si dia anda akan terima setiap pagi, bukan kerana ia adalah kewajipan tetapi anda adalah orang pertama yang si dia fikirkan usai bangun pagi. Selain daripada itu, anda juga  mahukan layanan yang pertama, bukannya dijadikan sebagai pilihan. Anda tidak mahu dijadikan sebagai kemungkinan, tetapi sebagai kepentingan.

Anda mahukan si dia menyayangi anda dengan konsisten dan yang sentiasa ada jika anda memerlukannya. Malah si dia juga akan berusaha untuk sentiasa berada di sisi anda. Si dia juga akan menunjukkan yang dia hanya ada anda seorang. Awak dan saya! Tiada yang lain!

Di samping itu, anda mahu kan seseorang yang tidak takut dan tidak segan untuk memperkenalkan diri anda sebagai kekasih hatinya pada orang ramai. Si dia akan menjadi begitu gentleman dan membuka pintu kereta untuk memberi anda ruang, si dia pasti akan menawarkan pertolongan untuk membawa bag anda walaupun ia membuatkan keadaan menjadi lucu. Si dia akan melayan anda seperti seorang puteri kerana peribadinya yang tinggi berbudi bahasa.

Anda juga sepatutnya layak untuk mendapat pasangan yang mencintai diri anda dengan sepenuh hati. Si dia akan merenung ke dalam mata anda dan memberitahu andalah gadis paling cantik yang pernah dia temui. Si dia tidak kisah dengan kekurangan diri anda, malah cintanya pada anda semakin dalam. Si dia akan melayan anda dengan sempurna, walaupun anda bukan bagaikan bidadari.

Di kejar, di hormati, di bahagiakan dan di cintai adalah harapan setiap insan yang ingin mencintai.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,812 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen