Pengantin Lelaki Memakai Inai Di Hari Bahagia. Bolehkah?

 

Dalam masyarakat Melayu, banyak adat-adat yang dibawa masuk oleh pedagang-pedagang yang singgah atau menetap di Tanah Melayu pada ketika dahulu. Tidak dinafikan, masih banyak adat-adat turun temurun diwarisi sehingga sekarang.



Tetapi, ada sesetengah adat dibolehkan, ada juga yang tidak dibolehkan dalam agama Islam. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai hukum seorang lelaki memakai ini di hari perkahwinan, ikuti penjelasan ini.

Inai adalah perhiasan bagi wanita. Haram bagi seorang lelaki untuk memakainya sekalipun bagi tujuan perkahwinan. Dalam sebuah hadis sahih melaknat lelaki yang memakai perhiasan kaum wanita.


Daripada Ibn ‘Abbas, Rasulullah s.a.w bersabda:
Aku telah melaknat golongan lelaki yang menyerupai wanita dan golongan wanita yang menyerupai lelaki.
[Riwayat Al-Bukhari]



Jika untuk tujuan perubatan, seorang lelaki dibenarkan untuk memakainya. Selain itu dibenarkan sekiranya dikenakan inai pada rambut bagi menutup uban. Untuk tujuan berhias, itu tidak dibenarkan.

Kita betulkan yang biasa, biasakan yang betul. Semoga perkahwinan yang anda lakukan nanti diberkati oleh Allah.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,608 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen