Pesanan Buat Bakal Suamiku.

 

Buat bakal suamiku,

Maaf andai pesanan ini mengguris perasaan engkau saat membaca nukilan ini.


Aku tahu, aku seorang manusia yang mempunyai banyak kekurangan. Setelah bernikah nanti, engkau akan melihat lebih banyak kekurangan aku ketika itu. Semakin lama kita membina rumah tangga, semakin banyaklah kekurangan yang engkau akan terlihat . Maaf buat engkau. Jika aku kelihatan tidak secantik awal perkahwinan nanti, tegurlah aku dengan cara yang baik, bantulah aku untuk memperkemaskan diri, bagilah semangat untuk aku berbakti kepada engkau. Berusahalah juga membantu aku dalam mengurus rumah tangga.

Jika aku tersalah langkah, bawalah aku ke jalan yang benar. Sungguh aku tidak sanggup untuk mencampakkan engkau ke dalam neraka, tetapi aku juga tidak tahu sekuat mana dugaan ketika kita akan bersama nanti. Maaf andai aku terpesong kelak. Tolong, ajari aku.

Berusahalah kita bersama untuk mempertahankan rumah tangga kelak. Yang perlu diperbaiki, kita pulihkan bersama. Andai aku berkecil hati, pujuklah aku. Mudah-mudahan pujukan itu dapat meredakan keresahan di hatiku. Aku juga akan berusaha untuk memperbaiki kelemahan yang ada dan tidak mudah sensitif dengan dengan hal remeh temeh.

Ayuh bakal suamiku, kita perkuatkan ilmu agama dari sekarang. Aku tidak mahu keluarga kita kelak terkecundang ke gerbang dosa dan maksiat. Aku mahu kita sekeluarga bersama hingga ke syurga. Itu harapan dan impianku. Andai pegangan agama kuat, insyaAllah dengan cara itu dapat menyelamatkan kita di akhirat kelak mudah-mudahan.


Aku juga berpesan kepada engkau dan diri aku sendiri agar mempersiapkan diri sebelum kita bersama. Jagalah hati masing-masing saat ini kerana aku tahu dalam tempoh pertunangan ini pastinya banyak dugaan yang perlu ditempuh. Perbanyakkan solat taubat, solat hajat semoga pernikahan yang akan dibina kelak mendapat barakah di sisi Allah.

Maaf sekali lagi. Aku berharap engkau dapat menerima pesanan ini dengan hati terbuka. Simpanlah nukilan ini dengan baik agar sama-sama kita beringat kelak. Terima kasih kerana membaca pesanan ini.

Nukilan,
Bakal isterimu.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,068 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen