Lima Dosa Penghalang Jodoh Yang Membuat Anda Lambat Bernikah.

 

Ramai yang menanti jodoh mereka menyapa dan menghampiri mereka. Ada sesetengah mereka bagaikan berputus asa apabila jodoh yang ditunggu itu masih lagi tidak kelihatan. Dari segi fizikal dan mental kita sudah bersiap untuk memikul tanggungjawab dalam alam rumah tangga tapi ia masih lagi tidak berkunjung tiba. Segala usaha dan doa telah dilakukan namun bagaikan lambat sangat jodoh itu datang mendekati.

Cuba lihat ke belakang semula, mungkin kita yang terlalai dan terleka dengan apa yang pernah kita lakukan. Dan itu menjadi punca mengapa jodoh kita lambat dan menghampiri kita. Agak-agak apa yang menjadi penghalang jodoh itu menghampiri ye? Terdapat beberapa dosa besar yang menjadi penghalang kepada jodoh. Adakah salah satu darinya menyebabkan jodoh itu lambat datang?



1. Meninggalkan perintah Allah.

Bagi seorang hamba, menunaikan solat dan berpuasa pada bulan Ramadhan adalah antara ibadah yang wajib dilakukan. Namun ramai yang leka dan lalai untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba ini. Mungkin kerana dosa ini, ia telah menjadi penghalang kepada jodoh datang.

2. Berzina.

Baik zina yang kecil atau zina yang besar ia sebenarnya mampu menghalang jodoh dari datang. Dalam kisah Nabi Musa a.s pun terdapat penolakan taubat atas perempuan yang sebelumnya telah berzina. Dengan kata lain, melakukan perzinaan akan membuat hubungan manusia dengan Tuhannya menjadi rosak sehingga urusan jodoh pun akan terhalang karena dosa tersebut.



3. Derhaka pada orang tua.

Kadang kala kita sebagai anda pasti pernah terlepas cakap ataupun menyakiti hati ibu bapa kita. Hal ini karena dengan melakukan dosa terhadap keduanya ataupun salah satu orang tua kita, maka Allah akan murka dan menutup segala sumber rezeki di mana jodoh pun termasuk di dalamnya. Ini karena keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan orang tua. Jadi jika anda penah melukakan hati mereka, cepat-cepatlah memohon maaf dari kedua-dua ibu bapa anda.

4. Memutuskan hubungan silaturahim.

Di samping itu, jika anda pernah memutuskan hubungan persaudaraan di antara saudara jiran tetangga ataupun sahabat mungkin ini boleh menjadi salah satu punca anda lambat menerima jodoh. Dalam membuat hubungan baik dengan semua orang, ia sebenarnya mampu membuka ruang kepada jodoh untuk menghampiri.

5. Memakan makanan yang haram.

Di dalam dunia ini semua perkara akan melibatkan halal atau haram. Menggunakan atau memakan sesuatu yang datangnya dari perkara yang haram mampu membuat seseorang itu sukar untuk mendapat jodoh. Ataupun, ia mungkin kerana anda lupa mengeluarkan sedikit wang untuk menunaikan zakat. Hal ini kerana zakat mampu membersihkan wang pendapatan kita daripada perkara yang haram.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 375,098 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen