Perhubungan Cinta Yang Sihat Itu Penuh Dengan Pengorbanan Dan Kompromi Antara 2 Pasangan.

 

Pengorbanan dan kompromi sering dipersoalkan di dalam perhubungan percintaan. Adakah dua aspek ini berkaitan dan sangat diperlukan di dalam perhubungan ini? Antara pengorbanan dan kompromi aspek yang mana lebih penting di dalam perhubungan antara dua pasangan? Adakah pengorbanan itu lebih penting daripada kompromi?

Pengorbanan itu terjadi apabila anda give up untuk mendapatkan sesuatu yang berharga, seperti anda tidak sanggup bekerja jauh daripada keluarga kerana untuk menjaga anak yang sakit. Namun, kompromi itu sendiri anda melepaskan peluang yang lebih bagus kerana tidak mahu menanggung risiko.

Kompromi bermaksud anda ingin kan persetujuan dengan pasangan yang tiada kata sepakat, tetapi tidak pula melibatkan pergaduhan atau pertikaian.

Selain daripada itu, pengorbanan adalah di dalam situasi yang realiti. Anda bukan hidup dalam fantasi jika anda tidak mahukan pengorbanan, kontra pula dengan kompromi yang memerlukan pertimbangan di dalam minda manusia untuk mendapat kata sepakat berkemungkinan anda akan mengalami kerugian.

Pengorbanan juga anda sanggup berkorban demi masa, tenaga dan nyawa mahupun harta kerana anda memerlukan sesuatu yang berharga, seperti ia sangat penting untuk hidup dan mati anda. Tetapi tidak pula pada kompromi, kerana secara emosi ia adalah pertimbangan untuk menanggung risiko atau tidak.

Di dalam percintaan, anda sanggup untuk berkahwin dengan pasangan yang bekerja tidak kira waktu dan masa. Pasangan yang akan meninggalkan anda selama berbulan-bulan hanya kerana komitmen pekerjaan.

Tetapi anda sanggup berkorban dan setia menunggu tidak kira mengambil masa yang lama kerana terlalu cinta kan si dia. Tetapi adakah anda sanggup menanggung risiko untuk meninggalkan keluarga demi mengikut si dia yang bekerja di luar negara? Itu adalah kompromi!

Oleh kerana itu, sebelum anda di lamun cinta atau terjatuh cinta dengan seseorang yang bekerja tidak kira waktu dan masa, pekerjaan yang tidak sama bidang dengan anda, kata sepakat antara pasangan sangat penting. Jangan pula setelah pernikahan, anda baru berkira-kira yang anda tidak sanggup untuk berjauhan dengan si dia mahupun ahli keluarga. Alamak!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,940 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen