Lelaki Bersifat Feminin Adalah Pilihan Wanita? Betul Ke?

 

Lelaki ini terbahagi kepada dua, iaitu seorang yang gagah dan seorang lagi dengan sifat yang sedikit feminin. Femininnya bukan seperti seorang perempuan tetapi boleh dilihat melalui gaya percakapan dan lenggok badannya. Maksudnya di sini adalah lelaki yang sejak lahir lagi memang mempunyai sifat feminin dan tidak mengubah dirinya. Serta tidak bertukar menjadi wanita.



Lelaki seperti ini masih lagi mempunyai sifat kelakian di mana mempunyai nafsu terhadap wanita dan mempunyai keinginan untuk berkahwin. Lelaki bersifat feminin ini juga gemar melakukan kerja-kerja wanita dan masih lagi berpakaian seperti lelaki. Tetapi, apa yang mampu menarik minat kaum wanita terhadap lelaki seperti ini?

Lelaki feminin ini dikatakan adalah lebih memahami wanita. Jadi pasti ramai yang memilih lelaki seperti ini untuk dijadikan calon suami mereka. Biasalah, wanita kan memang sukar difahami, jadi bila ada lelaki yang faham wanita ini, mesti la ramai yang suka. Ia juga menjadi daya penarikan yang kuat terhadap lelaki yang bersifat begini.

Selain itu juga, mereka ini juga dikatakan peka terhadap perubahan wanita. Maksudnya ialah perubahan mood wanita. Seperti yang kita tahu, wanita ini tidak mempunyai mood yang tetap. Dalam masa sejam sahaja dia mampu menukar mood mereka tanda sebab. Jadi lelaki-lelaki yang bersifat feminin ini lah dapat memahami dan menjiwai mereka. Sebab itu mereka menjadi pilihan.

Tidak lupa juga, mereka ini dikatakan pandai melakukan kerja wanita. Macam mengemas, memasak, membasuh dan lain-lain lagi. Jadi wanita yang memilih mereka ini rasa beban mereka ini akan berkurangan. Sebab lelaki feminin ini akan rela membantu tanpa dipaksa atau memaksa. Kira macam kongsi tanggungjawab lah.

Yang menambah menariknya lagi, mereka yang bersifat feminin ini dikatakan lebih suka mencari ilmu untuk fahami hati wanita. Ha, mana nak cari lelaki macam ini. Jadi mereka dapat fahami wanita lebih lagi mengikut bahasa badan, gerakkan mulut dan pelbagai lagi. Patut lah jadi pilihan.

Walau bagaimanapun, ia bergantung pada wanita tersebut. Masih ramai lagi wanita yang suka akan lelaki yang tidak miliki sifat feminin ini.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,289 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen