Apa Yang Wanita Perlu Tahu Mengenai Talak?

 

Cerai adalah satu perkataan yang sangat tidak sedap didengar apabila sudah berumah tangga. Bagi yang pernah melalui pengalaman ini, ia adalah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Di dalam Islam, penceraian merupakan sesuatu perbuatan yang sangat dilaknat Allah tetapi ianya diharuskan jika mempunyai alasan-alasan yang munasabah dan berdasarkan sebab-sebab yang tertentu.



Firman Allah s.w.t di dalam surah An-Nisa pada ayat 19, bermaksud: “Pergaulilah isterimu dengan baik, maka sekiranya kamu benci kepada mereka, boleh jadi ada yang kamu benci itu Tuhan akan menjadikan kebaikan yang banyak padanya”.


Agama sama sekali tidak menyukainya namun, jika terdapat alasan-alasan yang tertentu maka ia adalah diharuskan. Tetapi ramai wanita yang masih tidak tahu akan lafaz dan bagaimana cara berhadapan perkara ini. Jadi sebelum mendirikan rumah tangga siapkan sedikit diri anda dengan ilmu mengenai penceraian ini.

Lafaz Talak.

Lafaz talak terbahagi kepada dua iaitu talak Sahih dan talak kinayah. Talak sahih adalah talak yang dilafazkan dengan bahasa yang mudah dan difahami. Lafaz seperti ini hanya bermaksud penceraian tetapi tiada maksud berselindung. Sebagai contoh, ‘aku ceraikan kau dengan talak satu’ ataupun ‘aku lepaskan kau dari menjadi isteriku’. Perkataan kalimah dalam talak sahih ini akan dikira jatuh walaupun tidak mempunyai niat mahupun saksi.

Manakala talak kinayah pula, berlaku secara langsung atau tidak langsung. Ia seolah-oleh kata yang mempunyai sindiran. Lafaz ni memerlukan suami yang mempunyai niat tetapi jika tidak mempunyai niat maka talak tidak berlaku. Sebagai contoh, 'saya benci melihat kamu' atau 'kita berdua sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi'.

Apa yang anda perlu lakukan?

Rujuk mahkamah dalam tempoh tujuh hari. Jika anda tidak dapat pastikan kata-kata suami kerana ia melafazkan dalam kata-kata secara sindiran, anda sebenarnya perlu terus menuju ke mahkamah syariah terdekat untuk merujuk dengan yang lebih arif.

Jangan di biar lama-lama kerana ia akan membawa musibah di masa yang akan datang. Jika mempunyai perasaan ragu-ragu sebaiknya pergi ke mahkamah untuk membuat laporan. Si isteri boleh membuat laporan (failkan permohonan pengesahan lafaz cerai luar mahkamah) di mahkamah syariah tanpa perlu ditemani suami. Setelah itu, pihak mahkamah sendiri yang akan menentukan sama ada talak tersebut sah atau pun sebaliknya.

Oleh itu berhati-hatilah dalam setiap petuturan atau ungkapan semasa marah kerana perkataan talak atau kalimah seumpamanya tidak boleh dan tidak sepatutnya diambil mudah atau dibuat main-main oleh pasangan yang berkahwin.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,209 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen