Kekasihku Ulat Buku. Membaca Juga Boleh Menghilangkan Stress dan Mengeratkan Hubungan.

 

Setiap insan mempunyai kegemaran bahan bacaan masing-masing. Si lelaki lebih minat kepada bahan bacaan seperti sukan, aktiviti lasak, gadget atau kereta, tetapi perempuan lebih ke arah feminin seperti masakan, pakaian, fashion dan percintaan. Namun, adakah dengan perbezaan ini mereka akan tertarik antara satu sama lain?

Kata orang, kalau kita banyak persamaan, sudah tentu perbicaraan dan pendapat kita sering mendapat persetujuan bersama. Tidak bertelagah, senang hidup, aman dan bahagia. Jika pendapat yang berbeza sering pula berdebat, tiada persetujuan antara satu sama lain, di kemudian hari akan tarik muka. Sukarnya untuk jatuh cinta? Perlu ke hingga bergaduh dan berselisih pendapat? Namun, sebahagian mereka lebih gemar perbezaan kerana anda akan mempunyai ilmu yang berlainan dan boleh bertukar pendapat.

Tetapi bagaimana pula dengan pasangan kekasih yang tidak suka membaca? Adakah mereka jarang berdebat dan tiada perbincangan di dalam komunikasi harian mereka? Itu sudah tentu amat membosankan kerana tiada isu untuk anda berdebat dan dari situ sahaja anda boleh tahu perkembangan ilmu pengetahuan pasangan.

Selain daripada itu membaca juga dapat menghilang kan stress  seseorang. Anda perlu tahu, dengan membaca, gaya hidup anda menjadi sihat kerana boleh mengelakkan daripada tekanan hidup harian. Di samping itu, anda juga mendapati bahawa dengan membaca ia akan membawa ke alam fantasi sebentar. Menurut kajian daripada University of Sussex oleh Dr David Lewis pada tahun 2009, membaca boleh menurunkan kadar stress dengan 68%.

Kajian ini turut mengatakan, kaedah membaca dapat menurunkan kadar stress dengan cepat daripada kaedah lain seperti mendengar musik atau minum secawan kopi. Ini kerana, anda hanya perlu membaca dan tidak memerlukan sebarang tenaga yang kuat selama beberapa minit. Ia akan melambatkan kadar degupan jantung dan mengurangkan ketegangan dalam otot.

Sering kita melihat, kaum ibu sering membaca untuk anak-anak mereka ketika mereka ingin tidur. Malah orang dewasa juga akan membaca beberapa minit sebelum melelapkan mata, kerana kadar degupan jantung sangat rendah dan bersesuaian dengan suasana. Dengan membaca, kita akan berfikir dahulu sebelum bertindak dan sudah tentu dapat mengelakkan perbalahan dalam perhubungan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,260 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen