Kekasih Kaki Games? Para Gadis Patut Lega Miliki Kekasih Seperti ini.

 

Ramai yang merungut jika miliki kekasih yang kaki games ini. Kenapa? Sebab mereka ini lebih menumpukan games mereka berbanding meluangkan masa untuk pasangan. Jika miliki kekasih kaki games ini mereka dikatakan kerap bergaduh kerana rasa cemburu terhadap masa yang diluangkan terhadap games tersebut. Tetapi jika anda miliki kekasih kaki games ini, anda patut bersyukur. Kerana apa? Kerana mereka ini dikatakan lebih setia berbanding yang lain. Betul ke?



Jika anda miliki kekasih seperti ini, sebenarnya kebarangkalian untuk kekasih anda curang adalah amat rendah. Hal ini kerana, mereka ini akan kerap meluangkan masa bersama games mereka. Waktu untuk mereka berfoya -foya juga boleh dikatakan agak kurang. Atau mungkin mereka ini langsung tidak mempunyai masa berbanding dengan lelaki lain.

Biasanya mereka yang meminati games ini juga seorang yang kreatif. Yela, nak lepas level dalam apa jenis games ini bukannya senang. Orang tertentu sahaja yang boleh sabar serta habiskan apa yang telah dimulai. Begitu juga dalam perhubungan anda bersamanya. Mungkin si dia tidak menunjukkan sangat effort dia tetapi sekurang-kurangnya anda tahu bila masa dia akan serius dalam sesuatu perkara. Dia juga pasti akan berusaha untuk mendapatkannya.



Di samping itu juga, sebagai pasangannya kita tidak lah boleh menghalang mintanya. Sebab setiap orang miliki minat yang tersendiri. Jadi, walau apa pun pilihan masing-masing, diharap dapat diterima dan menerima. Banyak yang kata kaki games ini tidak baik, selalu abaikan pasangan untuk mencari pasangan baru. Tapi itu bergantung bagaimana cara anda melayaninya. Jika anda menghormati minatnya pasti dia tidak akan mencari yang lain.

Selain itu juga, cinta pada games nya tidak setanding cintanya pada anda. Meskipun dia sering mengabaikan panggilan telefon daripada anda kerana sedang bertarung dalam games nya, namun percayalah si dia bukan sengaja. Tidak lupa juga, jangan pernah samakan diri anda dengan games nya. Tidak ada lelaki yang mahu berkahwin dengan games, wanita juga yang akan dipilih pada akhirnya. Jadi sebagai wanita, sokonglah hobi pasangan itu.

Namun begitu, para lelaki juga perlu ingat dan sentiasa sedar, games tiada perasaan tetapi pasangan anda mempunyai perasaan. Oleh itu jangan pula anda terlalu taksub sehingga mengabaikan si dia hingga menjejaskan hubungan. Segala pilihan di tangan anda. Maka pilihlah dengan betul.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 315,442 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen