Cara Menyokong Pasangan Saat Dia Jatuh.

 

Jatuh? Okay. Bukan jatuh tangga, tersepak batu ke apa. Hehe Maksudnya masa dia tengah kehilangan kerja, tiba-tiba banyak pula duit nak kena guna, kereta rosak, anak sakit. Misalnya. Tentunya saat-saat begini dia akan tertekan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Merasa dirinya tidak berguna untuk keluarga. Cool. Kita sebagai pasangan hidup, bersabarlah. Tentunya tempias pasti dirasai ketika itu. Perit. Tapi itu boleh mengubah kita untuk menjadi kenangan manis saat tua nanti. Eh! Hehe



Jadi, apa yang boleh dilakukan ketika dia mengalami masalaha adalah dengan:

1. Memberi kata-kata semangat.

Jarang seorang lelaki ingin meluahkan masalah mereka kepada pasangan. Tetapi, apabila mereka menyatakan sesuatu isi hati mereka, dengarkan dengan teliti. Diam buat seketika, lalu berikan kata-kata semangat buat mereka. Kadang lelaki tidak dapat menerima pandangan daripada seorang wanita. Tenang. Biarkan saja mereka selesaikan masalah. Tetapi dalam masa yang sama kita bantu mereka tanpa mereka sedari.

2. Bantu pasangan.

Bantu macam mana? Jika anda ada lebihan wang, bantulah untuk membeli barang-barang keperluan dapur dahulu sementara mereka berusaha untuk menambah kewangan isi rumah. Mana yang boleh dibantu, kita bantu. Tapi tidaklah sehingga mereka merasa diri sudah tidak perlu bekerja. Tanggungjawab seorang suami tentunya memberi nafkah untuk keluarga. Jadi, push juga mereka untuk mencari pekerjaan supaya tanggungjawab mereka dapat ditunaikan dengan baik.

3. Doa

Doa buat pasangan itu perlu. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh agar suami diberikan kekuatan untuk teruskan perjalanan, dimurahkan rezeki dan dapat menunaikan tanggungjawab dengan baik selepas ini.



“Selepas hujan, pasti ada pelangi.” Maka, bersabarlah untuk sementara waktu.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 345,397 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen