Wanita Pandai Masak Adalah Isteri Idaman Setiap Lelaki, Betul Ke?

 

Pada zaman serba modern ini, perlu lagi ke seorang perempuan ke dapur? Perlu lagi ke mengikat hati suami dengan masakan ini? Mungkin ramai yang beranggapan ia seakan tidak penting. Namun hakikat bagi seorang perempuan, hebat macam mana pun dia, pasti akan ke dapur juga. Betul ke?



Mungkin anda tidak mahir memasak tetapi tahu memasak. Lain ye dengan tidak tahu memasak. Bukannya kita akan jadi tukang masak di hotel lima bintang tapi hanya menjadi tukang masak buat si suami sahaja. Jadi masakan yang simple ini juga sudah dikatakan hebat ya.

Tapi betul ke lelaki suka kan wanita yang pandai masak? Kenapa ye? Sebab nanti boleh jadikan tukang masak ke? Tidak, sebenarnya terdapat beberapa punca mengapa lelaki suka akan wanita yang pandai masak ini.

Yang pertama kita boleh lihat ialah, mudah nak pikat hati mak mertua. Ini adalah perkara paling penting. Setiap anak lelaki pasti akan mendapat pesan dari ibu mereka seperti “jika nak cari isteri nanti, cari lah yang pandai masak”. Haa, si lelaki ini pasti lah nak cari perkara mudah agar tidak dengar bebalan ibu mereka selepas berkahwin nanti. Jadi bila isteri pandai masak dan selalu ke dapur, senang lah hati si ibu ini nanti.



Tidak lain tidak bukan, apabila isteri pandai masak mestilah dapat pikat hati suami. Lagi-lagi bila tahu masak makanan kegemaran suami. Ha, itu yang sayang lebih kan? Macam orang dahulu kata “kalau nak pikat hati suami, pikat lah perutnya dahulu”.

Lagipun, apabila isteri masak ini mestilah makanan itu lebih bersih dan sihat. Tidak lupa juga boleh menjimatkan duit perbelanjaan harian. Yelah, kalau hari-hari makan dekat kedai nanti akhir bulan makan mee segera pula. Haa, kan tidak eloknya tuh.

Selain itu juga, apabila suami mengajak rakan-rakannya ke rumah dan isterinya tahu masak. Tidak lah si suami malu. Lagi bangga adalah apabila masakkan si isteri dipuji. Mestilah suami makin sayang kan?

Tetapi apa-apa pun ia bergantung kepada lelaki itu juga, jika dia menerima kekurangan anda dan sedia mengajar anda. Apa salahnya kan?

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,811 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen