Wanita Itu Tinggi Martabatnya, Jaga Isterimu Dan Anak Perempuanmu Wahai Lelaki!

 

“Bila lelaki merokok okay je. Bila perempuan merokok kenapa tak boleh pulak”

 

“Lelaki buat ni boleh. Perempuan buat takleh pulak?”

Trend kini, wanita ibarat senang di manipulasi oleh masyarakat, di sosial media, dan di mana sahaja mereka berada. Terutamanya di sosial media, pantang terleka, habis binasa. Wanita zaman sekarang kelihatan sangat berdikari dan berkaliber kerana ramai yang mempunyai perniagaan sendiri.

Walaupun mereka memiliki pekerjaan yang stabil, jiwa dan emosi masih lagi tidak tenteram dan celaru. Oleh itu, mereka memerlukan pemimpin untuk memimpin hidup ke jalan yang benar dan lurus.

Wanita itu tinggi martabatnya tidak kira di mana sahaja mereka berada walaupun di alam perkahwinan. Tidak boleh di dera, si suami perlu tahu tanggung jawab si isteri sehinggakan tidak boleh menyakiti hati isteri. Jika zaman dahulu, si suami yang akan mencari rezeki di luar rumah, dan si isteri hanya bertanggung jawab untuk menguruskan hal rumah tangga sahaja. Ternyata peredaran masa telah merubah segalanya.

Seperti yang telah di sebut di dalam Al-Qur’an, surah Ar-Ruum ayat 21:

"Dan diantara tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNYa) bahawa Dia yang menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu hidup bahagia dengannya dan dijadikanNya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan kasihan belas. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir".

Pasangan suami isteri perlu berbincang dan perbetulkan diri masing-masing dan kembali kepada ajaran Al-Qur’an dan Sunnah jika tidak mahu dimanipulasikan oleh masyarakat. Stigma masyarakat melayu sekarang seakan-akan merendahkan martabat wanita kerana dengan adanya sosial media.

Dan sebagai ketua keluarga yang dipanggil bapa juga haruslah sedar bahawa anak perempuannya itu ujian dan amanah paling besar yang dituntut untuk di jaga, di pelihara dan menjauhkan mereka daripada perkara yang boleh merosakkan akhlak mereka.  

Ketinggian dan kemuliaan wanita yang digariskan oleh Islam terletak di tangan kita semua. Oleh itu wanita juga jangan lah mencuba downgrade-kan diri anda atau dengan rela hati di downgrade di sosial media. Tinggikan martabat anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,752 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen