Bergaduh Bukan Alasan Untuk Berpisah, Tetapi Cabaran Sekuat Mana Mampu Bertahan.

 

Untuk setiap perhubungan tidak akan ada bahagia yang berpanjangan, tidak ada juga sentiasa berbahagia. Perkara itu boleh dikatakan seperti jangan harap dan jangan mimpi. Tetapi mengapa perlunya pergaduhan sedangkan bertapa indahnya bahagia yang pernah dirasa bersama. Pergaduhan adalah satu perkara yang perlu dalam perhubungan kerana ia mampu mengeratkan hubungan tersebut. Di samping itu, ia juga seolah-olah sesi yang mendalam dalam mengenali hati budi pasangan kita.



Bergaduh itu adalah asam garam dalam setiap perhubungan. Tidak akan ada pasangan yang akan sentiasa aman perhubungannya tanpa mempunyai masalah ataupun ketidaksefahaman. Dugaan pasti akan muncul walaupun sedikit. Ia tidak pasti datang dari pihak anda mahupun pasangan anda. Anda seharusnya sudah bersedia untuk menghadapi perkara ini. Jangan hanya pergaduhan kecil anda sudah beralah terhadap perhubungan yang dibina.

Kalau tiada angin pasti pokok tidak bergoyang. Pasti ada sebab dan punca mengapa pergaduhan itu berlaku. Mengapa tidak anda dan pasangan cuba untuk mencari kesefahaman dan menyelesaikan masalah tersebut. Berbanding terus menyalahkan satu sama lain mengapa perkara seperti itu berlaku terhadap anda dan pasangan anda.



Anda dan pasangan perlu saling memperbaiki diri dan melengkapi diri. Setiap orang tidak mungkin begitu sempurna, begitu juga perhubungan. Tidak akan ada perhubungan yang begitu sempurna dan mudah tanpa ada sedikit halangan untuk menguji keutuhan hubungan tersebut. Mungkin hari ini silap dia mana tahu esok lusa slap kita pula. Jadi apa salahnya jika anda dan pasangan memperbaiki diri. Jangan sesekali ego menguasai anda dan juga pasangan anda.

Di samping itu juga, buka hati yang luas untuk memaafkan pasangan kita. Jika anda inginkan satu perhubungan yang elok, katakan maaf dalam setiap pergaduhan yang berlaku. Membuat silap itu manusia memaafkan itu kemanusiaan.

Tidak lupa juga, tanamkan dalam diri kesetiaan. Ia adalah perkara yang paling asas dalam perhubungan. Jangan beri alasan pasangan tidak sempurna untuk membuat anda mencari lain atau mencurangi perhubungan itu. Kesetiaan akan mampu membuat satu perhubungan yang bergolak kembali menjadi tenang kerana, tidak ramai yang mampu untuk setia. Walaupun telah cuba untuk setia.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,415 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen