Allah Memberi Rasa Sakit, Supaya Kita Tidak Menyakiti Orang Lain.

 

Lumrah kehidupan. Kadang kita di atas, kadang di bawah. Ada masa kita dicintai. Ada masa kita diinjak, diperguna. Sabar. Pasti ada hikmah disebalik apa yang telah dilalui. Apa nak buat jika sudah jadi begini ya?



1. Sabar.

Sabar itu indah. Semestinya setiap ujian yang diberikan ada hikmah tersembunyi yang tidak kita dapatkan segera. Mungkin saya sebenarnya Allah mahu kita menjadi orang yang lebih baik dari sebelumnya. Kan Allah pernah sebut kepada kita, “Dia tidak akan uji seseorang jika kita tak mampu.” Maksudnya. Orang diuji ni memang kuat. Anda kuat!

2. Memaafkan.

Senang untuk diungkap, payah untuk dipraktis. Tak mengapa. belajarlah untuk memaafkan orang. Dengan memaafkan, segala kegelisahan dan kegalauan akan musnah dengan sendirinya. Hati juga akan menjadi tenang selepas itu.


3. Mohon Digantikan Dengan Yang Lebih Baik.

Mintalah pada Allah agar diberikan pasangan yang lebih baik. Allah memegang hati manusia, dia mampu mengubah perasaan manusia untuk menerima kita. Mintalah. Mudah-mudahan Allah memperkenankan doa yang diminta dengan bersunguh-sungguh.

4. Berbuat baik.

Jika kita dikecewakan sebelum ini, usahlah kita membalas dendam terhadap seseorang. Jadilah diri yang lebih baik dari sebelumnya. Muhasabah akan diri kenapa sebelum ini perkara tersebut boleh terjadi sedemikian. Kemudian, binalah hidup baru dengan si dia secara harmoni.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,983 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen