Tips Untuk Kelihatan Isteri Anda Sentiasa Cantik.

 

Selepas mendirikan rumahtangga, pastinya akan kelihatan kekurangan pada pasangan. Kekurangan itu sedikit demi sedikit akan muncul setelah lama bersama.



Suatu ketika, ada seorang lelaki datang berjumpa dengan syeikh dan mengadu akan isterinya. Dia katakan, “ketika dulu aku memandang seolah-olah isteriku paling cantik di dunia, setelah bernikah aku lihat ramai perempuan lebih cantik darinya, apabila sudah lama mendirikan rumahtangga, aku lihat seluruh perempuan lebih ayu dari isteriku.” Kemudian syeikh itu menjawab, “kalau kau kahwin dengan semua wanita di dunia sekalipun, mesti kau rasa anjing berkeliaran di tepi jalan pun lebih cantik menurut pandangan kau.”

Lelaki itu bertanya lagi, “kenapa syeikh berkata begitu?” Syeikh membalas, “masalah sebenarnya bukan pada isteri kau, tetapi masalah itu datang daripada hati rakus kau dan mata keranjang kau. Sebab manusia tidak akan pernah merasa cukup sehingga mati.” Kemudian menasihati lelaki tersebut untuk menundukkan pandangan.

Berdasarkan cerita tersebut, apabila ingin memilih calon isteri, yang lebih utama dalam memilih pasangan adalah memilih calon yang beragama, itu adalah lebih selamat. Semua bergantung kepada niat masing-masing apabila memilih pasangan. Jika kita inginkan wanita yang cantik, lama kelamaan kecantikan itu akan pudar. Jika kita memilih yang beragama, insyaAllah hidup kita selamat. Kerana semuanya datang dari niat kita.



Kedua, tundukkan pandangan. Sebab itu kita dilarang untuk melihat wanita yang mendedahkan aurat. Memandang wanita terlalu lama pun tak boleh. Sebab takut datangnya rasa syahwat dalam diri. Jika rasa sebegitu sudah ada, susah untuk dibendung. Ini akan mengakibatkan masalah lain yang timbul. Sebaiknya terus memandang ke tempat lain dan beristighfar. Seorang lelaki juga dinasihatkan agar mendekati isteri jika mempunyai rasa tersebut.

Apapun, semoga hidup suami isteri berkekalan hingga ke syurga. Amin.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 467,002 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen