Jangan Bahagia Di Atas Kesengsaraan Orang Lain. Elakkan Diri Menjadi Perampas!

 

Merampas hak kebahagiaan orang lain sangat sinonim dengan wanita. Wanita dilihat sebagai penggoda, sebagai perosak rumah tangga kerana perilaku mereka senang terdedah dan tersebar menjadi fitnah. Jangan lupa lelaki juga ada yang merampas hak orang lain, tetapi tidak pula tersebar luas seperti wanita, kerana mereka pandai menutup hal hal begini.

Kerana itu, wanita di nasihatkan tidak terlalu asyik post sesuatu di sosial media kerana mereka adalah mangsa yang mudah difitnah oleh masyarakat. Jika tidak tahu menjaga diri, naya akibatnya. Di label dengan gelaran yang tidak menyenangkan oleh ‘makcik makcik bawang’ sangat menyakitkan hati. Tetapi lain pula kisahnya tentang perampas kerana mereka seakan rela kisah hidupnya menjadi ‘viral’.

Sudah la perampas, tidak punya perasaan. Adakah orang begini tiada kepercayaan?

Dari Aisya RA, Rasulullah SAW bersabda, “barang siapa menzhalimi dengan cara mengambil hak orang lain walaupun hanya sejengkal tanah, akan dikalungi pada lehernya tujuh lapis bumi.” (Muttafaq ‘alaih)

Syarah hadith, ini diriwayatkan Al-Bukhari pada Kitab Perbuatan Zhalimi, Bab Dosa Orang yang Menguasai Tanah Orang Lain dan Lainnya. Adapun muslim menghimpun hadit  tersebut pada kitab Jual-Beli, Bab Pengharaman Berbuat Zhalim danMerampas Tanah dan Lainnya. Dikalungnya tujuh lapis bumi pada leher orang yang berbuat zhalim adalah untuk menunjukkan beban dosa yang harus ditanggung. Betapa berat ancaman dosa atas orang yang merampas hak orang lain, sekalu pun hanya sejengkal tanah.

Dan juga telah di sebut di dalam Al-Qur’an, surah asy-Syuura ayat 42:

Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang-orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar. Mereka itulah orang-orang yang beroleh azab seksa yang tidak berperi sakitnya.

Jadi mengapa mahu bahagia di atas penderitaan orang lain? Tidak takutkah anda pada azab Dia yang akan menanti? Tidak yakin pada takdir Allah swt? Semua insan akan diberi kebahagiaan, usah risau dan jangan khuatir wahai manusia. Beringatlah, jika anda menyakitkan hati dan perasaan orang lain, mungkin tidak akan terjadi pada anda, tetapi ahli keluarga dan saudara mara yang akan tersakiti.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 613,139 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen