Kelebihan Mendapat Lelaki Yang Mempunyai Ramai Adik-Beradik Perempuan.

 

Anda dikatakan bernasib baik jika mendapatkan lelaki yang mempunyai ramai adik beradik perempuan. Mungkin ada yang menyatakan mereka ini mempunyai sifat keperempuanan sedikit akibat pengaruh dengan suasana di dalam keluarga. Mungkin ya, mungkin juga tidak. Apa pun kita lihat apa kelebihan mereka ini.



1. Pembersih.

Ada sesetengah lelaki begini akan sangat sensitif dengan keadaan yang kotor. Bagus juga ya. bila kau rasa nak minta tolong bersihkan sesuatu, ada juga yang boleh membantu. Tapi hati-hati juga, kalau bersepah sikit rumah, siaplah kau. So, pastikan rumah kau sentiasa bersih. Hati dia pun senang.

2. Berbelanja.

Ini pun syok juga. InsyaAllah jika kau nak bershopping, dia sanggup tunggu. Tapi janganlah sampai melambat-lambatkan masa pula. Kesian tok laki tu menunggu. Bertambah pula janggut dia nanti tunggu kau. Jika dia nak bershopping tu, kau layankan jelah. Dia pun ada barang nak dibeli kan.

3. Nasihat.

Untuk bab tanggungjawab, insyaAllah ada orang yang tolong nasihatkan dia. Kakak, mak dia atau adik dia mungkin akan nasihat bab-bab ini jika adik-beradik tersebut sudah pun berumahtangga. Pengalaman dalam melayari bahtera rumahtangga akan mereka kongsikan untuk pedoman lelaki tersebut.

4. Sensitif dengan kekerasan.

Bukan dia tak kuat. Amboi kau! Hehe Dia tak suka jika seorang wanita dikasari, dipukul. Lebih untung lagi jika dapat lelaki yang mempelajari seni mempertahankan diri. Boleh jugalah dia ajar kau jaga diri dan kau juga akan rasa selamat bersamanya.



Apapun kelebihan ini tergantung kepada setiap individu. Ada juga yang ada sifat ini, ada juga tidak. Setiap orang kan mempunyai karekter yang berbeza.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,027 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen