Sudah Bersediakah Anda Hadapi Ujian Di Alam Perkahwinan?

 

Sudah menjadi adat orang yang berkahwin pasti akan ada pasang surutnya. Rumah tangga yang dibina itu tidak selamanya indah dan tidak juga selamanya bergolak. Sebab di dalam alam rumah tangga ini pasti ada liku-liku dan ujian yang perlu dilalui. Bersediakah kita untuk berhadapan dengan semua perkara itu?



Apabila kita sudah bersedia memikul tanggung jawab sebagai seorang suami mahupun isteri, kita juga perlu bersedia sebarang kemungkinan terhadap perjalanan rumah tangga kita. Ujian yang datang setiap orang itu tidak sama. Ada kalanya ujian yang kita hadapi itu sama seperti orang lain dan ada kalanya tidak.

Pelbagai ujian mungkin akan timbul apabila kita sudah berumah tangga ini. Antara ujian yang bakal kita tempuh ialah masalah kewangan, masalah kesihatan, masalah keluarga dan masalah cemburu pasangan. Oleh itu, suami isteri perlu berganding bahu untuk menghadapi ujian tersebut. Jangan saling salah menyalahi, tetapi bina lah jambatan agar kasih sayang yang telah kita bina itu akan tetap bersambung dan utuh.



Namun apabila rumah tangga yang kita bina itu ditimpa badai mahupun ujian, janganlah cepat melatah. Apa yang kita perlu lakukan adalah cuba untuk selesaikan masalah yang melanda. Selain itu juga, elakkan campur tangan orang yang ketiga serta jangan sesekali tinggalkan pasangan hadapi ujian sendirian.

Tidak lupa juga, sebagai seorang hamba, kita mestilah sentiasa berpegang teguh kepada Allah s.w.t. Apabila kita bergantung kepada-Nya, sudah tentu segala urusan akan dipermudahkan walaupun seperit mana ujian yang datang itu.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,362 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen