Hati Ini Tidak Serik Untuk Bercinta. Tidak Semestinya Aku Ini Playboy!

 

Menyintai seseorang itu adalah perasaan yang lahir daripada hati. Secara lahiriahnya, seseorang itu mungkin terlalu senang untuk move on dan merasakan tidak perlu untuk bersedih perkara yang sudah lepas. Barangkali juga masyarakat melabelkan diri anda sebagai ‘playgirl’ atau ‘playboy’ kerana sentiasa bertukar pasangan.

Hakikatnya, hanya anda sendiri yang tahu perjalanan hidup dan merancang apa yang akan berlaku. Memang tiada siapa yang mengerti kerana mereka hanya melihat secara luaran. Tetapi sebelum itu, playgirl atau playboy, bukan sahaja kerap bertukar pasangan, tetapi mereka juga ada pasangan yang lain ketika itu. Dalam satu masa mungkin 4 orang pasangan?

Berbeza pada hati yang tidak serik untuk bercinta pula, selepas putus dengan satu, dia akan mencari lagi satu. Ketika mencari sudah tentu si dia tiada pasangan tetapi masih di label sebagai pemusnah hati dan perasaan. Kecewa benar hatinya ketika dan saat itu.

Si dia tidak serik bercinta kerana hatinya sunyi perlu kan teman.

Si dia tidak serik bercinta kerana memerlukan sokongan.

Si dia tidak serik bercinta kerana hidupnya kosong tidak mempunyai keluarga.

Si dia tidak serik bercinta kerana dia malu apabila tiada teman.

Si dia tidak serik bercinta kerana dia usaha untuk mencari pasangan.

Si dia tidak serik bercinta kerana hati nya meronta untuk tahu siapa kah jodoh yang bersesuaian dengan dirinya?

Masih juga masyarakat tidak memahami isi hatinya. Hatinya tidak serik, kerana dirinya berjiwa besar dan sangat positif. Tidak berputus asa mencari yang lain, seperti mana dirinya tidak putus asa untuk mencari rezeki meminang bakal isterinya. Di samping mengumpul harta, hatinya tidak serik untuk di sakiti kerana dia yakin Allah swt akan menggantikan dengan bidadari yang terbaik untuknya.

 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 315,454 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen