Mas Kahwin Milik Anak Perempuan Atau Ibu Bapanya?

 

Masih ramai lagi yang tidak tahu akan perbezaan mas kahwin dah juga hantaran. Dua perkara ini akan diserahkan kepada bakal isterinya ketika majlis akad nikah nanti. Namun, bagaimana dengan kegunaan mas kahwin dan hantaran ini? Adakah mas kahwin dan hantaran ini akan diserahkan kepada suami, atau ibu bapa belah perempuan?



Mas kahwin atau mahar ini adalah suatu pemberian yang wajib daripada seorang suami kepada isterinya atas sebab berlakunya pernikahan. Manakala, hantaran pula lebih merupakan hadiah daripada suami kepada isterinya yang berbentuk wang tunai berdasarkan persetujuan kedua-dua belah keluarga.

Yang menimbulkan kesangsian di sini adalah, adakah mas kahwin yang diperoleh anak perempuan itu akan diserahkan kepada ibu bapanya? Sebenarnya, mas kahwin yang diterima oleh bakal pengantin perempuan itu adalah miliknya. Ibu bapa pengantin perempuan tidak mempunyai hak terhadap mas kahwin tersebut.

“Dan berikanlah kepada wanita-wanita itu mahar mereka sebagai pemberian wajib. Kemudian jika mereka dengan rela hati memberikan kepada kamu sebahagian daripada maharnya, maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat lagi baik kesudahannya.” (An-Nisa’4:4)

Bagi wang hantaran pula, ia bukanlah milik isteri sepenuhnya. Ia boleh digunakan untuk melangsungkan majlisnya nanti. Jadi ia guna boleh diberikan atau diserahkan serta dikongsi bersama ibu bapa dan suaminya.

Apa yang paling penting ialah, mas kahwin adalah wajib diberi manakala, hantaran adalah tidak wajib. Telah menjadi kebiasaan wanita yang memperolehnya akan membelikan barang kemas sebagai hiasan diri. Namun ia bergantung pada individu tersebut.

Apa-apa pun janganlah sukarkan sesebuah perkahwinan itu dengan memahalkan mas kahwin dan hantarannya. Sesungguhnya, perkahwinan dalam Islam begitu mudah dan indah.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 447,045 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen