Cinta Tidak Berakhir Di Jinjang Pelamin?

 

Perjalanan hidup ini, tidak dapat ditentukan oleh diri sendiri. Terutama jika ia berkaitan dengan jodoh. Seperti yang kita tahu, jodoh kita telah ditentukan ketika kita masih lagi di dalam kandungan. Cuma pada ketika ini kita sedang mencari jodoh yang telah ditetapkan itu. Sebab itu kadang kala hubungan yang dibina terputus di tengah jalan.



Malah ada juga yang bercinta dengan si D tetapi berkahwin dengan si Z. Ia sebenarnya si D itu hanya pertemuan, manakala si Z itu adalah takdir jodohnya. Tetapi jangan pula kita salahkan takdir.

Menyalahkan takdir adalah haram dan berdosa hukumnya. Jadi jangan salahkan takdir apabila sesuatu yang kita hajati tidak kita perolehi. Adalah lebih baik jika kita menyalahkan diri sendiri. Hal ini mungkin kita sendiri yang tidak berdoa dan meminta kepada-Nya agar dijodohkan dengan orang yang kita hajati. Adalah tidak adil jika kita yang menginginkan sesuatu namun tidak diperoleh lalu menyalahkan Allah s.w.t.



Dalam berdoa kepada-Nya, elakkan lah untuk menyebut orang yang kita hajati. Tetapi sebutkan lah secara umum calon bagaimana yang kita inginkan. Sebagai contoh, calon yang baik, soleh dan bertanggungjawab. Hal ini kerana, kita tidak tahu adakah calon yang kita inginkan itu sesuai atau tidak dengan diri kita ini.

Maka dengan itu, cuba elakkan berdoa dengan nama orang yang kita hajati tetapi lebih kepada sifat umumnya. Manalah tahu, Allah beri kita sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita inginkan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,415 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen