Inginkan Majlis Mendapat Keberkatan Dan Redha Allah S.W.T., Elakkan Lakukan Empat Perkara Ini.

 

 

Perkahwinan adalah satu majlis di mana memperkenalkan isteri atau suami kita kepada khalayak ramai. Agar dapat mengelakkan dari berlakunya perkara yang tidak diingini. Ia tidak menjadi kesalahan untuk meraikan pengantin mahupun tetamu yang datang. Tapi harus diingatkan terdapat beberapa perkara harus dielakkan agar majlis tersebut mendapat keberkatan dan redha Allah s.w.t.



Telah menjadi satu trend pada masa kini, di mana setiap majlis perkahwinan itu seakan berlumba-lumba seperti siapa punya majlis paling mewah, besar dan gah. Itu tidak salah jika individu yang melaksanakan majlis tersebut adalah orang yang mempunyai kewangan yang stabil. Tetapi janganlah sehingga melanggar larangan Allah s.w.t. Namun apakah perkara yang haram dilakukan di majlis perkahwinan?

1. Berhias secara berlebihan.

Setiap orang sudah pasti mahu kelihatan cantik di hari perkahwinan mereka tetapi janganlah berhias secara berlebihan. Hendak mencantikkan diri itu tidak salah pun, Cuma adalah lebih elok jika bersederhanlah ketika bermakeup. Lebih elok jika mengambil jurumakeup yang sama jenis. Di samping itu, elakkan juga untuk memakai bulu mata palsu, rambut palsu, mencukur kening, serta pakaian yang ketat dan jarang.


“Hendaklah mereka (wanita yang beriman) menahan pandangan dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka mengenakan khimar dengan melabuhkan ke atas dadanya, dan janganlah dia menampakkan perhiasannya (aurat)… (kecuali kepada mahram mereka).” Surah an-Nuur 24:31.

2. Hiburan.

Bunyi muzik di majlis perkahwinan adalah sangat popular pada ketika ini. Tidak salah jika hendak berhibur di majlis perkahwinan. Tetapi adalah lebih elok jika laungan zikir dan nasyid yang kedengaran. Hal ini agar mampu mengelak kelalaian dan dapat mengingatkan manusia ke arah kebaikan.

3. Lupa solat.

Majlis perkahwinan mungkin hari yang paling sibuk, di mana kena melayan tetamu yang hadir dan sanak saudara. Tetapi janganlah ditinggalkan dan dilupakan kewajipan kita sebagai hambanya untuk menunaikan solat. Buat si pengantin janganlah terlalu sayang akan makeup itu, sehingga tidak mahu ditanggalkan untuk mengambil air wuduk. Kebiasaannya ketika majlis berlangsung, solat zuhur itu akan terus berlalu tanpa ditunaikan.

4. Pembaziran.
Pembaziran pasti akan berlaku dari pelbagai segi. Dari segi kewangan mahu pun makanan. Ramai yang menitik beratkan kemewahan pelamin serta pelbagai jenis makanan. Namun akhirnya perkara itu hanya akan menjadi pembaziran sahaja. Membazir makanan adalah sangat tidak baik.


"...dan janganlah kamu belanjakan harta kamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang yang membazir (boros) itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur (engkar) kepada Tuhannya".


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,708 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen