Perempuan Kalau Dah Sayang…

 

Perempuan kalau dah sayang...

1. Lihatlah ke dalam matanya, bersinar! Seperti adanya mentari.

2. Fikirannya juga sentiasa memikirkan tentang kekasih hati, angau itu sudah pasti.

3. Nama kekasih hati nya sentiasa menjadi sebutan dan meniti di bibir munggilnya. Sehinggakan sahabat-sahabatnya menjadi saksi setiap hari siang dan malam. Jika satu hari tidak menceritakan perihal kekasih hati pada sahabat pasti tidak sah.

4. Tidak kisah jika kekasihnya tidak mampu dari segi kewangan, sanggup di beri pinjam duit simpanan.

5. Sanggup memasak makanan kegemaran si kekasih dan pergi ke rumahnya untuk menghantar makanan.

6. Jika kekasih sakit dan tidak mampu untuk bergerak, tidak sampai sesaat keretanya menuju ke hospital kerana terlalu risau.

7. Kerutan dahinya ketika terlalu risau dan gelisah, mampu membuat insan lain memandang dengan simpati. Tidak sampai hati!

8. Di mana sahaja dia pergi, pasti ada sahaja barangan yang mahu di beli untuk kekasih.

9. Dia juga kadang kala terlalu menjadi kurang bijak kerana sanggup mengetepikan sahabat hanya kerana kekasihnya seorang.

10. Dia menerima kekasih hati dengan seadanya seikhlas hati, dan sanggup menunggu sampai bila-bila untuk menerima lamaran.



11. Nama kekasih hati di telefon bimbit di tukar kepada ‘Sayang’.

12. Tidak kisah untuk menelefon kekasih hati, di mana sahaja dia berada walaupun terlalu sibuk. Walau kerja di pejabat terlalu banyak dan selalu ‘out station’ tetapi masih ada ruang di mindanya tentang kekasih hati.

Tetapi sayang jodohnya tidak berkekalan.

Wahai Gadis! Wahai Wanita! Jangan la mempersiakan perasaan anda pada lelaki yang belum tentu akan menjadi suami anda. Jika si lelaki tidak pernah mengorbankan masanya untuk anda, tak usah berfikir panjang, berbincang secara serius tentang status anda berdua.

Lelaki yang ‘gentleman’ tidak akan membuang masa anda lebih-lebih lagi tentang hati dan perasaan. Jika si lelaki mengatakan belum masa untuk melamar, hentikan! Hentikan perasaan anda daripada menaruh harapan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,059 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen