Selepas Istikarah, Perlukah Menunggu Mimpi Untuk Mendapat Petunjuk?

 

Cinta adalah fitrah manusia. Apabila kita mencintai seseorang atau seseorang mencintai kita, adalah sangat penting bagi kita untuk memohon petunjuk kepada Allah agar diberikan petanda yang baik menurut-Nya. Bukan menurut kita. Kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita. Istikarah tidak hanya untuk mendapatkan jodoh yang baik sahaja, malah untuk memohon petunjuk dalam apa jua kekeliruan.



Ada beberapa perkara yang perlu dilakukan selepas menunaikan solat sunat istikarah. Petunjuk dari Allah setelah solat istikarah bukan pada mimpi semata-mata. Ia boleh jadi dalam bentuk yang berbeza bagi setiap individu. Antara yang perlu dilakukan setelah istikarah adalah:

1. Musyawarah.

Setelah membuat solat sunat istikarah, kita disarankan untuk bermusyawarah (berbincang) samaada dengan ibu bapa, rakan terdekat yang mengenali calon pasangan. Bincanglah mengenai peribadi calon tersebut. Adakah dia mampu menunaikan tanggungjawab sebagai suami atau isteri, akhlaknya, agama dan lain-lain hal yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan.

2. Ketenteraman hati.

Apabila sudah bermusyawarah, lihatlah pada ketenteraman hati kita. Tidak semestinya yang kita mahukan, itu yang terbaik buat kita. Jika ibu bapa sudah bersetuju, rakan terdekat juga sangat menyarankan agar kita segera mengahwini si dia, kita pula bertambah tertarik dengan calon tersebut, maka buatlah pilihan yang terbaik. Seperti dalam doa solat istikarah disebutkan “jika ia terbaik untuk aku, agama, kehidupan, urusan, maka permudahkan dan berkatilah, jika sebaliknya, jauhilah.

3. Petunjuk sebenar.

Kita boleh lihat, jika segala urusan untuk ke jenjang pelamin sentiasa dipermudahkan, itu adalah petanda sebenarnya yang Allah telah aturkan untuk kita menerimanya. Jika mempunyai banyak halangan, mungkin saja Allah ingin memberikan pasangan yang lebih baik untuk kita. Berdoalah agar Allah memberikan jodoh yang terbaik.



Good luck!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,482 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen