5 Langkah Membuat Ujian Saringan HIV Untuk Bakal Pengantin.

 

Dapatkan sedikit gambaran tentang proses ujian saringan HIV di sini.

1. Hubungi tempat ujian.

Anda hanya boleh membuat ujian ini di klinik kesihatan dan hospital kerajaan SAHAJA. Hubungi tempat ujian pilihan anda terlebih dahulu untuk memastikan sama ada pusat perubatan tersebut menawarkan servis ujian saringan HIV atau sebaliknya. Ambil kesempatan ini juga untuk mengetahui waktu ujian boleh dibuat. Buat temu janji jika perlu.



2. Bawa kad pengenalan dan RM1.

Untuk ujian ini, anda hanya perlu membawa kad pengenalan dan dan wang RM1.

3. Isi borang.

Borang ini berlainan mengikut lokasi pilihan anda dan pasangan bernikah dan akan disediakan di tempat ujian. Ada banyak yang perlu diisi nanti. Jika mahu lebih selesa, anda boleh bawa pen sendiri.



4. Ujian saringan.

Bagi yang takut-takut dengan ujian darah, jangan gusar. Nanti hujung jari hanya akan dititik sedikit untuk mengeluarkan sedikit darah. Rasa macam semut gigit sahaja. Ujian ini akan menggunakan rapid kit test. Jadi, keputusan ujian boleh diketahui dalam masa 15 minit.

5. Keputusan ujian.

Bagi yang HIV negatif, anda dan pasangan boleh pulang selepas mendapat keputusan. Namun jika ada yang HIV positif, kebenaran anda diperlukan untuk membuat ujian pengesahan. Anda juga akan diberikan sesi bimbingan kaunseling.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,839 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen