5 Jenis Cinta Yang Perlu Diketahui.

 

Dalam Islam, ada beberapa jenis cinta yang telah digariskan oleh Ibnu Qayyim Al-Jauzi yang boleh dijadikan panduan kepada kita untuk memilih cinta. Cinta yang mana perlu didahulukan, dan yang mana perlu dijauhi oleh kita sebagai seorang muslim.



1. Cinta kepada Allah.

Ini adalah cinta yang paling utama. Seseorang beribadah kepada Allah kerana ia adalah suruhan daripadanya. Dia juga menginggalkan apa yang telah dilarang oleh Allah. Dengan mencintai Allah, seseorang akan menjadi lebih tenang, bertambah keimanan kepada Allah dan suka untuk beribadah kepada Allah.

2. Cinta apa yang Allah cintai.

Apabila seorang lelaki cinta akan seorang wanita, apa yang dilakukan? Semua yang wanita suka, dia juga turut suka. Begitu jugalah dengan cinta akan apa yang Allah cintai. Kita patut cinta akan Rasulullah s.a.w dan beribadah dengan bersungguh-sungguh sebelum mencintai sesuatu yang lain.

3. Cinta kerana Allah dijalan-Nya.

Jika kita mencintai seseorang, hatta Rasulullah s.a.w mahupun seorang yang berlainan jantina, kita mestilah mengikut aturan yang telah ditetapkan. Cintailah seseorang kerana Allah. Apabila kita cinta kepada seorang wanita, jagalah batas-batas apabila bersama dengannya, menjaga tingkah laku dan terus berjumpa dengan orang tuanya untuk bernikah dengan wanita tersebut.

4. Kebiasaan cinta.

Cinta sebegini adalah dibolehkan. Manusia biasanya mencintai wanita, anak-anak, harta, binatang ternakan, ladang dan sebagainya. Itu adalah normal. Tapi janganlah hingga melalaikan diri untuk beribadah kepada Allah.

5. Menduakan cinta Allah.

Cinta begini adalah dilarang. Kerana dia cinta bukan kerana Allah bahkan cintanya melebihi daripada yang sepatutnya. Cinta akan seseorang sehingga lalai dalam beribadah, bahkan lebih teruk sanggup kufur kepada Allah kerana dia mencintai pasangan tersebut. Kita perlu berhati-hati dalam hal ini. Sekarang, banyak kes bertukar agama Islam ke agama lain kerana seorang wanita mencintai lelaki yang berlainan agama.



Jadi, pilihlah cinta yang terbaik untuk diri. Janganlah sehingga kita menduakan cinta kepada Allah. Jika cinta akan seseorang, bimbinglah dia ke arah kebaikan dan hiduplah bersama dengannya disamping kita mencintai seseorang itu kerana Allah. Itu adalah jalan terbaik untuk kita cinta akan seseorang.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,484 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen