Cara Cool Menghadapi Mak Cik Bawang Ketika Kenduri Anda Nanti.

 

Mak cik bawang. Kalau sekarang sinomin dengan orang yang banyak mulut atau komen yang dikeluarkan bagi menjatuh seseorang. Bagaimana untuk menghadapi mak cik bawang saat kenduri nanti ya? Pasti banyak komen dari orang jika ada berlaku kesilapan. Nasi tak cukup, pelamin yang ditempah tak mengikut citarasa, banjir secara mengejut. Kadang bukan sengaja pun kesilapan itu berlaku. Huh. Jom hadapi semua itu dengan penuh cool. Hehehe caranya adalah:



1. Tenang.

Kau anggap je perkara tersebut dah pun terjadi. Takkanlah nak buat kenduri sekali lagi kot. Duit tu. Kalau dah cukup syarat pasangan kau sah menjadi suami isteri, tu moment yang cukup bermakna dah dalam hidup kau. Say alhamdulillah.

2. Senyum.

Payah, tapi usaha juga. Senyum menyebabkan kau lebih relaks menghadapi apa yang telah berlaku. Jadikan pengajaran untuk kau menguruskan kenduri adik-beradik yang lain nanti. Mana tahu nanti hadapi situasi yang sama, kau dah ada solusi. Kan?

3. Istighfar.

Mungkin juga apa yang berlaku atas kecuaian diri sendiri. Kurang cakna apabila menguruskan majlis menyebabkan majlis menjadi sedikit terganggu. Ataupun salah niat. Buat kerana nak menunjuk-nunjuk misalnya. Jadi Allah datangkan sedikit peringatan untuk mematangkan kita. Syukur, alhamdulillah. Maka, istighfarlah. Mohon keampunan kepada Allah atas apa yang telah berlaku.



Yang telah hadapi masa-masa ini, kenanglah ia sebagai kenangan manis walaupun pahit untuk menelannya. Yang belum menghadapi, persiapkan diri sebaik mungkin, jika ada kesilapan ketika majlis, usah bersedih. Pasti ada hikmah atas situasi yang berlaku.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,396 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen