Formula ‘5S’ Untuk Menjadi Pasangan Hebat.

 

Hidup adalah untuk saling memberi. Dengan banyak memberi, hati akan menjadi lebih tenang dan tenteram, pahala pun berganda. Pasangan hebat mempunyai ciri-ciri tersebut:



1. Solat.

Pasangan yang menjaga solat adalah pasangan yang hebat. Jika seorang suami mampu mengerjakan solat dimasjid, itulah terbaik. Apabila suami datang ke masjid untuk menunaikan solat, isteri turut mendapat pahala atas solat yang suami lakukan di masjid. Jika tidak mampu, solatlah diawal waktu di rumah secara berjemaah dengan ahli keluarga. Lakukan secara konsisten. Jika sebelum ini belum pernah dilakukan, pasti akan kelihatan perubahan dalam rumah tangga setelah menunaikan solat bersama-sama di masjid mahupun di rumah. Rumah tangga dah berkat, pasti kebaikan datang kan?

2. Sabar.

Dalam berumah tangga pasti akan ada masalah yang dihadapi. Tanganilah masalah tersebut dengan sabar. Jadilah pasangan yang hebat. Mengalah bukan bermakna kalah. Bahkan ada hadis yang menyebut, “bukanlah orang yang kuat itu yang pandai bergusti, tapi orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan nafsunya ketika ia marah.”

3. Syukur.

Allah telah katakan kepada hambanya iaitu, Dia akan menguji hamba-Nya dengan sedikit kekurangan, kesakitan dan kesempitan. Masa inilah nak tahu tahap kesetiaan setiap pasangan. Siapa yang boleh lalui situasi ini dengan tenang dan masih bersama dalam apa jua yang dihadapi, tahniah. Anda telah pun menjadi pasangan hebat.

4. Soleh atau solehah.

Setiap pasangan menginginkan pasangan yang baik. Tetapi sedarkan kita, dalam masa yang sama adakah kita telah menjadi pasangan yang baik terdapat pasangan kita? Jika pasangan membuat kesilapan, adakah kita menegurnya dengan hikmah. Atau terus memberontak? Pasangan yang baik adalah dia akan membawa pasanganya kearah kebaikan. Bukan terus melepaskan atau menjauhinya.

5. Setia.

Huh. Macam payah juga nak cari pasangan begini sekarang. Tapi kalau kita boleh jadi pasangan macam ni atau dapat pasangan macam ni, hebat. Sanggup susah senang bersama, makan apa adanya, sakit ada yang jaga. hebat!



Amacam? Ada ciri-ciri dalam diri anda? Kalau ada, tahniah!


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,752 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen