Beruntungnya Dapat Lelaki Yang Suka Kucing, Kenali Ciri Lelaki Ini.

 

Memiliki wajah yang comel, telatah yang nakal pasti akan mencuit hati wanita yang sememangnya gemar akan haiwan yang berbulu itu. Kalau ditanya mengenai haiwan berbulu ini pasti ramai wanita yang memelihara mereka untuk menemani di saat kesunyian. Tetapi tidak banyak lelaki yang memintai untuk memelihara seekor haiwan yang comel. Ramai beranggapan memelihara haiwan berbulu seperti kucing atau arnab ini melecehkan. Mereka ini perlu dibelai dan diperhatikan seperti seorang wanita. Jadi ramai yang memilih untuk tidak memelihara haiwan ini. Tetapi terdapat keistimewaan yang dimiliki seorang lelaki jika mereka memelihara haiwan berbulu ini.



Perkara yang pertama kita boleh lihat ialah, mereka ini terdiri daripada golongan penyayang. Lelaki seperti ini yang wanita cari, seorang yang penyayang. Pasti haiwan yang dipelihara itu akan dijaga seumpama anaknya. Bila dah ada sifat penyayang ini pasti ia juga seorang yang mudah didekati dan disenangi oleh ramai orang. Walaupun mereka tidak memelihara kucing, kita juga boleh lihat reaksinya kita bertemu dengan kucing di kedai makan. Adakah mereka akan menghalau haiwan tersebut? Jika tidak kita sudah tahu dia mempunyai sifat yang penyayang.

Di samping itu juga, lelaki yang memelihara dan menggemari haiwan ini adalah seorang lelaki yang setia. Kenapa dia seorang yang setia? Kerana dia akan sentiasa mengutamakan komitmen dalam jangka masa yang panjang. Nak jaga kucing ini bukan mudah ye, banyak perkara yang mereka perlu lakukan. Jika kucing tersebut masih ada dengannya walaupun telah bertahun, maka sudah sah la si dia itu seorang yang setia.



Lelaki yang meminati kucing ini juga seorang yang penyabar ye. Mana tidaknya, siapa boleh tahan layan kerenah kucing apabila tiba waktu manjanya. Itu belum dikira waktu nakal kucing tersebut. Siap buat party dekat telinga tuan mereka. Pasti lelaki yang mempunyai sifat sabar sahaja yang mampu melayani haiwan berbulu ini.

Mereka juga dikatakan adalah seorang yang memahami. Seorang lelaki yang menyayangi kucing akan tahu kehendak kucingnya. Dia pasti tahu tentang mood dan perasaan kucingnya itu. Caranya ini akan membuatkan ia terbawa-bawa di dalam keperibadiannya. Jadi dia lebih mudah untuk memahami hati dan mood seorang wanita yang didekatinya.

Walau bagaimanapun, lelaki yang tidak menunjukkan minat mereka terhadap haiwan ini juga dikira penyayang cuma sifat penyayangnya tidak kelihatan. Ia semua bergantung kepada anda untuk menilai hati mereka. Apa-apa pun, lelaki yang pelihara kucing nie memang idaman kalbu.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,864 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen