Perkahwinan Itu Satu Perjudian. Lebih Rela Single Kerana Takut Salah Pilih Pasangan?

 

Kenapa perkahwinan itu satu perjudian? Kerana jika anda salah pilih pasangan, kelak hidup anda bakal jadi tidak aman. Keluarga yang tidak harmoni, tidak bahagia, malah mengalami kesukaran dan kesusahan yang tidak akan di jangka. Ramai mereka di luar sana, tidak berkahwin bukan kerana tidak mampu atau kerana hati terluka, tetapi lebih selesa keseorangan.

Mereka lebih suka bersendirian, tiada komitmen pada keluarga dan anak malah harta tidak akan di kongsi selain daripada ibu bapa dan adik beradik. Lebih mudah di fahami tidak mahu terikat dengan mana-mana komitmen kerana terlalu selesa keseorangan. Wajarkah anda bertindak begini? Mengapa insan sebegini begitu takutkan pada perkahwinan?

Berkemungkinan, mereka melihat keadaan sekeliling, keluarga yang berpecah belah, suami isteri bercerai walaupun melayari perkahwinan hanya beberapa bulan. Tiada penjaga untuk anak-anak kelak. Bukan kah itu satu perkara yang amat menakutkan pada mereka yang masih single? Jika pasangan yang baru berumah tangga asyik dengan keindahan perkahwinan mereka, tetapi insan seperti ini tidak akan tertipu dengan lakonan anda.

Apabila kita berkenalan dengan pasangan sebelum berkahwin, mereka adalah pacar kita dan bukannya suami atau isteri kita. Sebelum berkahwin, berkemungkinan mereka seperti berlakon untuk mengambil hati dan perasaan hati anda, berpura-pura menjadi baik kerana untuk memikat anda. Tetapi selepas berkahwin, apakah yang akan berlaku? Sangat menakutkan!

Perkahwinan itu ibadah. Perkahwinan itu sunnah. Sebab itu di dalam Islam, kita perlu merisik seseorang sebelum mengenali mereka dengan lebih dalam. Orang tengah yang sepatutnya anda mengambil langkah untuk merisik adalah, ibu bapa atau ahli keluarga yang terdekat. Jika sudah di risik dengan bersungguh-sungguhnya, lakukan solat taubat, solat istikharah dan solat hajat agar diberi petunjuk, adakah dia adalah jodoh yang akan beri anda kebahagiaan kelak? Ini lah jalan yang Allah telah beri.

Jika di sosial media, belum tentu si dia menunjukkan perangai mereka yang sebenar. Perkahwinan itu satu perjudian, jika kebahagiaan yang di cari itu bukan di jalan Allah swt. Takdir Allah yang menentukan, kita hanya merancang. Yakin pada Allah swt! Wallahua’lam.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 332,765 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen