“Yang Baik Selalunya Datang Lambat”, 4 Sebab Jodoh Lambat Sampai.

 

Bila melihat orang lain sudah bertemu jodoh, kadang kala diri yang tidak bertemu jodoh ini akan mengeluh. Bila waktu pula giliran dirinya untuk bertemu jodoh. Bila terlalu lama sehingga ramai yang bertanya, hingga satu tahap rasa malas dan malu hendak berjumpa dengan orang ramai. Apabila mengenangkan usia yang semakin bertambah ini, bagaikan terasa lama sangat hendak bertemu dengan jodoh sebenar. Segala usaha telah dilakukan, namun tidak ada jodoh yang tepat dan serius dalam perhubungan. Mengapa jodoh untuk diri ini begitu lambat? Itu kerap menjadi persoalan. Apa kekurangan diri juga menjadi tanda tanya.



Tanpa kita sedar sebenarnya kita ini yang terlalu memilih kriteria pasangan kita. Kita mahukan segalanya begitu sempurna dan menarik di mata kita. Jadi kita menolak pelbagai jenis orang yang datang kepada kita tanpa sedikit membuka ruang untuk mereka buktikan. Kita ini yang terlalu memilih sehingga mereka yang datang itu lari. Terlalu cerewet dengan kekurangan pasangan kita. Walhal kita juga tidaklah sempurna mana. Jika kesempurnaan yang kita cari, maka jadi pelengkap pasangan kita.

Kita juga tidak pernah sedar rasa dendam dan benci yang tersimpan di dalam hati ini. Kita tidak pernah meminta maaf mahupun memohon maaf dari orang yang pernah mengecewakan dan menyakiti kita. Kita sentiasa mempunyai niat untuk memiliki pasangan yang lebih bagus berbanding dia. Tengok niat pun sudah tidak betul. Secara tidak sengaja kita berniat untuk membalas dendam. Jadi, betulkan semula niat yang kita buat itu. Niat semoga dijodohkan dengan insan yang baik sehingga ke akhir hayat.



Jodoh itu rahsia Allah, percayalah yang datang lambat itu adalah yang terbaik untuk anda. Anda perlu terus berusaha dan berdoa kepada-Nya. Mintak lah dengan sungguh-sungguh agar si dia hadir pada waktu yang tepat. Mungkin dia lambat untuk mengajar kita agar lebih menghargai dan memperbaiki diri.

Jangan pernah rasa kecewa jika jodoh kita lambat sampai, teruskan mencari, memilih dan berdoa. Jika sudah tertulis jodoh anda di dunia ini, cepat atau lambat ia pasti akan menemui anda. Serahkan segala-galanya pada-Nya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 293,105 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen