Tutuplah Masa Lalu. Binalah Hidup Baru Bersama Orang Tersayang.

 

Setiap manusia pernah melakukan kesilapan. Tidak akan ada seorang pun yang lari dari melakukan kesalahan. Kerana kita bukanlah malaikat yang tidak pernah melakukan kesilapan. Apapun, ambilllah langkah yang terbaik. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam. Jika pernah curang dengan pasangan. Perlukah berterus terang dengan mereka?



1. Bertaubatlah.

Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah memohon ampun kepada Allah. Allah sangat mengalu-alukan kedatangan hamba-Nya saat hamba-Nya datang merintih dan bertaubat atas kesalahan yang telah dilakukan. Buatlah solat sunat taubat, berbanyakkan melakukan hal-hal positif dalam hidup dan carilah orang-orang yang berkualiti untuk bersama dengannya. Nescaya dengan melakukan hal demikian, hidup akan menjadi lebih baik.

2. Tidak membuka aib.

Jika pernah melakukan kesilapan, usahlah membuka aib tersebut. Simpanlah elok-elok hal tersebut dengan pasangan. Tetapi dalam masa yang sama berubahlah ke arah kebaikan. Pernah suatu ketika Sayidina Abu Bakar r.a didatangi oleh seorang lelaki yang baru memeluk agama Islam. Dia mengaku akan halnya yang telah melakukan zina. Abu Bakar membalas, “Bertaubatlah kamu kepada Allah dan tutuplah dirimu dan tutupan Allah.”

3. Bina Hidup Baru.

Tunaikanlah amanah dengan sebaik mungkin. Jalani kehidupan yang lebih baik selepas ini. Nescaya anda dan pasangan bertambah erat dalam perhubungan. Buatlah solat jemaah bersama, elakkan pertelingkahan dan banyakkan bersabar apabila menghadapi musibah. Kerana jika musibah itu dilalui dengan tenang, maka kita akan dapati banyak hikmah yang terkandung dalam musibah tersebut.



Sayang pasangan anda? Binalah hidup baru.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,665 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen