Bolehkah Al-Qur’an Dijadikan Sebagai Mas Kahwin? Apa perbezaan Mas Kahwin dengan Hantaran?

 

Mas kahwin itu suatu perkara yang ada dalam agama dan wajib dengan agama kerana ia telah disebut di dalam al-qur’an. Bermaksud si suami wajib membayar kepada isterinya, dan jika si suami itu tidak membayar hukumnya adalah berdosa. Seperti yang telah disebut di dalam al-qur’an, surah An-Nisa ayat 4;

“Berikanlah maskawin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian dari maskawin itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya”

Hantaran bermaksud adat, dan ia bukan daripada agama. Adat! Ia juga adalah perbincangan antara dua keluarga untuk meletakkan harga. Maka hantaran itu tidak wajib, jika ada yang tidak bersetuju dengan sesuatu yang dibincangkan. Kenapa? Hantaran terlalu tinggi? Tetapi, si bakal suami pula mahu meletakkan Al-qur’an sebagai hantaran, adakah ia harus? Jika mahu Al-qur’an sebagai Mas Kahwin, bagaimana pula? Tanya si bakal suami.

Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadith riwayat Bukhari yang bermaksud : “Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi .” Hadith ini merungkaikan, betapa fakirnya seorang lelaki itu mahu menikahi seorang wanita, kerana dia hanya memiliki kain sarung dan hafaz beberapa surah dari Al-Qur’an sahaja.  Kerana lelaki itu tiada HARTA untuk bayar kepada wanita tersebut.

"Oh ya, surat ini dan surat ini", dia mengatakan surat-surat yang dihafalnya. Maka lantas Nabi menikahkan mereka, "Saya nikahkan kamu dengan perempuan itu dengan mahar apa yang kamu hafal dari al-Qur'an".

Jadi, kepada bakal suami, perlu di ingatkan tidak salah dijadikan Al-Qur’an sebagai hantaran, disamping telekung, jika anda tidak mampu dari segi kewangan. Tetapi Mas Kahwin pula, adakah situasi anda sama seperti hadith di atas? Terlalu fakir, dan tiada harta, duit, mahupun emas? Jika benar anda mahu memberikan Al-Qur’an sebagai Mas Kahwin, wajib memberi WANG MAS KAHWIN DENGAN SENASKAH AL-QUR’AN SEBAGAI HADIAH.

 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 453,900 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen