Perhubungan Jarak Jauh, Adakah Pasangan Boleh Dipercayai?

 

Ketika kewangan bukan lagi masalah besar bagi sesuatu perkahwinan tetapi  si suami nya di utara, isterinya pula di selatan. Bagaimana mereka mahu mengeratkan hubungan mereka walaupun sentiasa berjauhan? Anak-anak pula siapa yang ingin menguruskan? Adakah ingin merancang keluarga sehingga tidak tahu bila kesudahannya? Selain komunikasi, kepercayaan juga adalah salah satu elemen yang penting.

Adakah anda mempercayai antara satu sama lain, walaupun tidak sebumbung? Bila malam boleh video call, tetapi siang pula sibuk meeting di pejabat. Bagaimana anda hendak menanam sikap kepercayaan itu sendiri? Jika sebelum kahwin pun boleh berlaku curang, selepas kahwin tiada siapa yang tahu. Seperti mentaliti masyarakat mengatakan, naluri seorang isteri atau ibu ni sangat kuat, jika pinggan pecah di dapur adalah sesuatu yang buruk akan berlaku.

Mentaliti pada pasangan yang berhubung jarak jauh pula bagaimana?

1. “Abang ni betul ke telefon ada satu je tu? Entah-entah ada lagi satu phone untuk contact perempuan lain?” siapa tahu bukan?

2. “Sebelah tu bantal peluk kan?” ketika video call.

3. “Anak-anak siapa yang jaga?” “Ada, jiran kat sini tolong jagakan” Walhal, mereka mempunyai pasangan baru di rumah untuk menjaga anak-anak.

4. “Tadi ibu cakap dengan siapa?” ketika si ayah menelefon anaknya senyap-senyap. “Ada abang repair sinki dapur”

Berbaur negatif artikel kali ini. Mengapa kita berfikiran negatif, jika boleh berfikiran positif. Allah itu Maha Mengetahui isi hati anda. Jika betul terjadinya situasi seperti yang anda fikirkan, mahu melopong nanti, orang mengatakan ini “mulut masin”. Setiap masalah pasti ada solusi. Tahukah anda apa balasan pada isteri yang nusyuz? Suami dayus?

1. Tukar mentaliti kita sendiri terdahulu, jika sebelum ini anda sentiasa berfikiran negatif tukar kepada positif. Tidak perlu merajuk untuk menentukan siapa yang perlu positif dahulu, jika anda tidak mulakan dahulu, sampai bila-bila pasangan akan berada pada mood yang negatif. Tutur la kata yang positif dan nada suara yang menyenangkan seperti situasi nombor satu di atas "Abang, client abang tu dah kahwin ke?"

2. Selalu libatkan diri dalam majlis berilmiah dan sentiasa bertawaduk “Abang, tadi saya pergi majlis tentang….” Jika anda yang mulakan dahulu bicara tentang majlis, pasti ia akan berlarutan dan lupa pula untuk bertikam lidah, hehe.

3. Jika anda berdua bertengkar, jangan sesekali MENGUNGKIT kisah silam.

4. Cari sahabat dari golongan yang boleh dipercayai dan tidak menikam belakang anda, khuatir nanti dia merampas pasangan anda pula.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 492,855 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen