"Hulurkan Tanganmu Sambut Kasihku…"

 

Dalam hubungan suami isteri, pastinya tidak selalu indah. Ada kalanya bergolak, ada kalanya tenggelam, namun semuanya boleh diatasi sekiranya kedua-dua pihak saling mengingatkan dan saling memerlukan. Segoyah mana pun hubungan tersebut ia pasti boleh berdiri semula. Saling lah menyambut tangan antara satu sama lain agar ia tidak pernah terpisah atau terputus dalam perhubungan.



Jika pasangan anda cetek ilmu agamanya, bimbinglah ia. Lakukan teguran secara berhemat kepadanya. Yakinkan dia bahawa anda ingin membawanya ke syurga. Sentiasa memimpin dan menggenggam tangannya untuk membawa dirinya ke satu perubahan yang baik. Setiap pimpinan dan genggaman itu akan membawa anda ke satu ganjaran yang besar berserta hikmah yang hebat. Jadi teruskan hulurkan tangan anda bersamanya selalu walaupun ketika saat yang genting.

Di samping itu juga, sentiasa memperbaiki diri masing-masing. Kerap bertanya pasangan jika sesuatu yang mencurigai berlaku di sekeliling hubungan kalian. Jika masih awal, lakukan tindakan yang bijak agar tidak melukai antara satu sama lain. Selamatkan satu perhubungan itu sebelum terlambat. Sentiasa berdiri teguh di belakang pasangan agar si dia terhindar dari kekeliruan.

Setiap perkara yang dilakukan, kongsilah bersama pasangan. Walaupun perkara itu remeh di mata anda mungkin tidak di mata pasangan. Tanyalah pendapat pasangan anda, mintalah pandangannya agar kesefahaman dan saling mendukung itu wujud dalam perhubungan. Setiap perkara jika dipikul bersendirian akan memakan diri sendiri. Jadi tegah sebelum terlambat.



Selain itu, jadikan setiap kekurangan yang ada pada pasangan kita sebagai satu kelebihan. Mungkin si dia seorang yang degil dalam menerima pandangan orang lain tetapi si dia begitu taat dengan perintah Allah. Jadi lihatlah dirinya dari sudut yang positif. Jangan sesekali memandangnya dari segi negatif. Hal ini kerana, jika terlalu banyak negatif yang difikirkan ia mampu merosakkan satu perhubungan.

Tidak lupa juga, saling memainkan peranan dalam mencorak ‘si kain putih’ yakni amanah yang telah diberikan kepada anda. Dalam proses tumbesaran dan didikan awal anak-anak adalah ibu bapa mereka. Jangan sesekali meletakkan warna hitam di helaian kain putih itu. Ibu bapa perlu sehati sejiwa dalam memberi didikan kepada mereka ini. Bukan sebelah pihak sahaja yang perlu berusaha.

Oleh itu, kepada pasangan suami isteri di luar sana terutama pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga. Mungkin masalah yang datang itu berpunca daripada kesilapan diri sendiri pada masa lalu. Jadikan ia cabaran bukannya halangan untuk terus berkasih sayang hingga ke syurga.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,415 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen