Ibu Bapa, Jangan Samakan Rezeki Mu Dengan Anak Menantu-Mu!

 

Rezeki yang Allah berikan pada setiap manusia semuanya berbeza-beza. Berkemungkinan insan itu mempunyai harta yang banyak dan berlebihan kerana dirinya yang sering bertaubat dan bekerja keras untuk mencari rezeki. Ada juga harta nya masih tidak terlihat kerana dosa-dosa lampaunya yang tidak terampun dosanya. Wallahua’lam bisshawab, Allah lebih mengetahui yang sebenar-benarnya.



Kini, zaman berubah. Kos sara hidup semakin meningkat. Wang ringgit di pandang semakin tinggi. Tanpa duit, hidup akan menjadi merana. Itu lah mentaliti masyarakat kita. Padahal manusia itu tidak tahu, duit itu rezeki dan datang daripada-Nya. Untuk perkahwinan apatah lagi, semua harga tidak munasabah. Sudah tentu tidak munasabah, kerana kita hanya mencari yang sempurna di mata orang ramai tapi bukan mengikut kemampuan kita.

Selesai sudah perkahwinan, dilihat pula cara hidup anak-anak. Ini realiti dan bukan fantasi. Kehidupan zaman dahulu dan sekarang sangat berbeza. Dilihat anak menantu tidak mampu untuk memberi harta dan duit secukupnya, adakah anak mereka bahagia?


“Kau bahagia ke, tinggal kat rumah kecik tu? Selesa ke? Mak risau tau, sebelum ni hidup kau senang dengan mak ayah, semua mak ayah tanggung, ada orang gaji masakkan kalau kau lapar”

Wahai ibu bapa, jika anda melihat anak bahagia dengan pasangannya, usah risau, mereka telah bersedia menanggung segala beban. Bukan setakat di dalam perhubungan cinta memerlukan kepercayaan, tetapi hubungan antara anak dan ibu bapa juga sangat mementingkan percaya antara satu sama lain. Wahai ibu bapa, jangan la bersangka buruk terhadap anak-anak, setiap kata hati dan lisan, jika termaktub pada masa itu Allah mahu makbulkan. Khuatir sesuatu yang buruk akan berlaku.

Kuasa doa ibu bapa itu sangat hebat. Jika anak-anak sudah patuhi segala perintah anda, percaya dan bersangka baik tiada salahnya. Mereka pun ingin bahagia. Rezeki anda dengan anak menantu-mu tidak sama. Jangan sesekali sama kan. Jika anak-anak telah hidup senang dengan ibu bapa mereka, Alhamdulillah, berkemungkinan ini adalah ujian dan dugaan yang Allah mahu berikan pula.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,593 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen