“Dulu Kerap Tidak Bersependapat, Kira Nak Bergaduh Aje, Tapi Bila Amalkan Solat Jemaah Semua Berubah” – Lelaki Kongsi Tips Lembutkan Hati Pasangan.

 

Dahulu saat tidak tinggal sebumbung, semuanya indah belaka, wangi, cantik, kemas dah harum. Tapi apabila tinggal sebumbung, sudah mula kenali hati dan perangai sebenar mulalah kerap hendak bergaduh ataupun bertengkar. Itu belum lagi dengan tidak kesefahaman dan tidak sehaluan. Jika membayangkan perkahwinan itu indah tanpa ada pertengkaran dan sentiasa bahagia sahaja adalah perkara mustahil. Ia hanya berlaku di dalam drama pukul 7 petang sahaja. Tapi jika kerap berlaku pertengkaran pun tidaklah seronok mana perhubungan itu berlaku.

Pasti anda dan pasangan akan mula mencari cara untuk meredakan pergaduhan dan inginkan pendamaian berlaku dalam hubungan rumah tangga anda. Menurut perkongsian dari laman Facebook Afnan Rosli, cara paling mudah untuk melembutkan hati pasangan kita ialah hanya melakukan solat jemaah bersama pasangan. Mungkin kita tidak sedar amalan ini jarang dilakukan di rumah kita, tapi rupa-rupanya amalan ini membantu kita dalam membuat pasangan suami isteri patuh antara satu sama lain. Jadi apa kata kita cuba lakukannya dahulu dalam masa 40 hari, seperti yang disarankan oleh beliau.



Pagi tadi lepas Solat Jemaah, belum sempat wirid tahu-tahu isteri saya dah landing atas riba. Mungkin penat sangat jaga Baby semalam kot. Tak apala saya pun teruskan wirid dan doa sampai habis.

Lepas doa, saya nak bangun, tapi bila tengok balik muka isteri yang keletihan ni, tak sampai hati nak kejut. Maka saya biarkan lah dia tidur kejap.

Tengah duduk termenung sambil tenung muka bidadari saya ni, saya terfikir, macam mana budak ni boleh jadi baik sangat ya?

Fikir punya fikir, akhirnya saya dapat. Rupanya jawapan pada solat Jemaah. Dulu kami jarang solat Jemaah. Masing2, kalau tak sependapat kira nak gaduh je. Saya pun ego juga, kira nak betul kita je kan.

Tapi bila dah mula berjemaah, cakap apa pun semua boleh cakap baik-baik. Cakap apa pun semua dia ikut. Rupanya Solat Berjemaah ni memang Power!



Ada beberapa concept yang ramai tak faham dalam rumah tangga. Antara basic nya ialah, lelaki ni dia nak Di HORMATI. Manakala wanita pula dia nak di SAYANGI. Apa yang terjadi pada ramai pasangan. Dia orang expect dapat benda-benda itu dari pasangan mereka dulu.

Maksudnya, kalau u sayang I, I hormat U. Macam itu juga lah pada lelaki. U hormat I, I sayang U. Sebenarnya, the key is kita kena mula dengan diri kita dulu. Kalau kita lelaki, kita yang mula tunjuk kasih sayang pada isteri kita dulu, nescaya isteri akan timbul rasa hormat pada suami. Automatic!

Dan yang best nya, benda ni ada dalam SOLAT JEMAAH. Bila solat jemaah, Automatic Sense of HORMAT pada suami tu akan terbentuk dalam jiwa Isteri. Sebab suami jadi Imam, apa suami buat semua isteri ikut, patuh dan taat. Bila suami doakan apa-apa hajat pun semua isteri amin kan. Maka dua-dua ada matlamat yang sama, ada doa yang sama. Senang nak capai kejayaan & matlamat kalau sama-sama berdoa ni.

The cycle will continue, Bila suami dihormati, dia automatic akan rasa bersalah kalau tak mencintai. Isteri bila di cintai automatic timbul rasa Hormat. Begitu lah seterusnya kitaran Emosi dalam Perkahwinan, asbab Solat Jemaah.

Jadi, kalau ada pasangan yang asyik nak gaduh, asyik tak sependapat, asyik suami nak marah. Ajak dia solat Jemaah. Susah lah kalau dah solat Jemaah hari-hari, nak gaduh juga. Tak percaya cuba dulu 40 hari.

Bila kasih sayang ada dalam rumah, Rahmat Allah tu turun mencurah-curah. Allah redha suami isteri yang berkasih sayang. Rezeki melimpah limpah-limpah Allah turun kan InsyaAllah.

Paling bagus pergi masjid bawak anak-anak sekali. Tapi kalau sibuk sangat mulakan di rumah dulu Subuh, Maghrib, Isya. Yela, waktu lain masing-masing dah busy dengan urusan masing-masing kan. Waktu ni lah nak berkumpul family pun.

Macam kes kami, Alhamdulillah laki bini tak payah kerja. So, kami ada plenty of time together.

InsyaAllah itu jela perkongsian hari ini. Moga bermanfaat selamat beramal.

Apa lagi? Ajak hubby solat jom.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,407 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen