Berbohong Yang Halal. Wujudkah?

 

Berbohong adalah perkara yang sering dilakukan untuk sepasang kekasih. Tindakan berbohong ini dilakukan untuk tidak saling menyakiti dan melukai hati pasangan. Ia juga seakan-akan menyelamatkan diri daripada ditimpa masalah dalam perhubungan. Orang kata berbohong sunat untuk menyelamatkan sesuatu keadaan itu dikira berbohong yang halal. Tapi wujudkan perkara seperti itu di dalam hukum?



Adakah perbohongan yang dibolehkan? Ya ada, bahkan ia dikatakan, perilakunya akan mendapat pahala atas perbuatan yang telah dilakukan itu.


Ummu Kultsum binti Uqbah radhiyallau ‘Anha meriwayatkan sebuah hadis, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah memperbolehkan berbohong kecuali dalam tiga hal iaitu: orang yang berkata bohong dengan tujuan untuk mendamaikan perselisihan, orang yang berkata bohong dalam keadaan perang, dan seorang suami yang menceritakan tentang isterinya atau seorang isteri yang menceritakan tentang suaminya.” (HR. Bukhari).



Apa yang dimaksudkan di sini ialah seorang suami menceritakan tentang isterinya atau seorang isteri yang bercerita tentang suaminya adalah satu perkara berbentuk kebohongan dengan mempunyai tujuan untuk menambah keeratan dalam perhubungan dan mengelakkan pertengkaran.

Sebagai contoh, si suami memuji akan keindahan wajah isterinya, memuji akan keenakan masakan isterinya. Walhal ia mempunyai kekurangan dalam hal tersebut. Namun ia tidak menjadi salah kerana ia bertujuan untuk menambahkan rasa cinta yang mendalam antara pasangan tersebut.

Berbohong sunat atau berbohong halal itu dibolehkan jika anda mempunyai niat yang baik. Namun, jangan pernah menggunakan hukum ini untuk menyakiti hati pasangan anda dikemudian hari. Jujur itu menyakitkan tapi ia lebih menyenangkan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 528,215 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen